Sabtu, 14 Januari 2012

SMK Jawi kehilangan lagi beberapa butir permata

SMK Jawi memulakan awal persekolahan bagi tahun 2012 dengan penuh syahdu atas perpisahan beberapa orang guru yang bertukar sekolah. Antara guru yang berpindah ialah En Fauzi Mohamad, Pn Asilah, En Che Shukri Che Yunus, Pn Azmira Othman dan yang terakhir sekali En Azmi Othman, Penolong Kanan Pentadbiran yang telah berkhidmat di SMK Jawi sejak lebih dari 10 tahun. Iaitu sejak SMK Jawi mula-mula dibangunkan pada tahun 2002. Majlis perpisahan diadakan pada hari Jumaat, 13 Jan 2012 dengan kehadiran beberapa orang bekas guru yang dapat hadir. 
Seluruh warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah dicurahkan dan semoga maju jaya di tempat baru di samping rakan-rakan yang baru. Dalam pada itu SMK Jawi juga mengalu-alukan kedatangan guru-guru yang berpindah masuk ke SMKJ serta penolong kanan pentadbiran yang baru.