Rabu, 30 Januari 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2013

Majlis perarakan dan ceramah ini telah berlansung pada 25 Januari 2013 sempena dengan kelahiran nabi pada 24 Januari 2013. Semua pelajar islam terlibat dalam majlis ini disertakan dengan ceramah oleh Ustaz Izzat Hambali.







Sabtu, 26 Januari 2013

Majlis Taklimat Waris Pendidikan Asas Vokasional 2013

Majlis ini diadakan pada 9 Januari 2013, jam 9.00 pagi, khasnya kepada waris murid Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang mula beroperasi untuk satu kelas tingkatan satu 2013. Kelas PAV di SMK Jawi ini pengkhususannya ialah Membuat Pakaian Wanita.

Isnin, 21 Januari 2013

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013

Pada 17 Januari 2013, YBhg. Dato' Zainal Abidin serta isteri beliau Datin Siti Nur Syafiqa dan juga Pn. Tan Cheng Liang telah menyerahkan wang bantuan khas awal  persekolahan kepada semua waris pelajar di SMK JAWI. Ianya telah disempurnakan dari jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Selain itu juga, Tuan PPD SPS dan Tuan Pengetua SMK JAWI turut serta dalam majlis penyerahan tersebut. Semoga dengan penyerahan wang bantuan ini dapat meringankan beban para waris dalam memberi pelajaran pada anak mereka.