Jumaat, 26 September 2014

Penyerahan Wang Kwapm II Tahun 2014

Penyerahan wang Kwapm telah diadakan pada 26 September 2014, Jumaat lalu di mana seramai 19 orang murid telah menerima bantuan.

Rabu, 24 September 2014

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 24 September 2014 dengan penuh meriah. Antara persembahan yang diadakan seperti sajak guru-guru SMK Jawi, persembahan pidato dan skipping oleh pelajar. YDP Pibg En Osman Hashim juga turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan ucapan perasmian penutup.

Sabtu, 13 September 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan Protokol dan Etiket

LDP - Protokol dan Etiket telah diadakan pada 13 September 2014, Sabtu. Pihak sekolah telah menjemput Puan Balkis dari SMK Pulau Tikus bagi menyampaikan ceramah.



Rabu, 10 September 2014

Kawad Kecemasan

Latihan Kawad Kecemasan telah diadakan pada 10 September 2014, Rabu lalu dengan kerjasama pihak Bomba Nibong Tebal yang telah hadir bagi memberi ceramah dan juga demo kebakaran. Semoga memberi manfaat kepada warga SMK Jawi