Rabu, 24 Disember 2014

Sekitar Hari Keputusan PT3

Keputusan PT3 telah dikeluarkan pada 23 Disember 2014, Selasa lalu.
Berikut gambar-gambar sekitar sesi pengambilan keputusan PT3 2014 di SMK Jawi.

Isnin, 15 Disember 2014

Pengesahan Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan 2015

Isnin, 15 Disember 2014. Seramai 119 orang murid tingkatan 1 dan 28 orang murid peralihan membuat pengesahan pendaftaran bagi sesi 2015, bermula pada jam 9.00 pg hingga 3.00 petang. .Berikut gambar-gambar sekitar aktiviti tersebut.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Majlis Restu PT3

Majlis Restu PT3 telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Oktober 2014. Semoga beroleh kejayaan.

Jumaat, 26 September 2014

Penyerahan Wang Kwapm II Tahun 2014

Penyerahan wang Kwapm telah diadakan pada 26 September 2014, Jumaat lalu di mana seramai 19 orang murid telah menerima bantuan.

Rabu, 24 September 2014

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 24 September 2014 dengan penuh meriah. Antara persembahan yang diadakan seperti sajak guru-guru SMK Jawi, persembahan pidato dan skipping oleh pelajar. YDP Pibg En Osman Hashim juga turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan ucapan perasmian penutup.

Sabtu, 13 September 2014

Latihan Dalam Perkhidmatan Protokol dan Etiket

LDP - Protokol dan Etiket telah diadakan pada 13 September 2014, Sabtu. Pihak sekolah telah menjemput Puan Balkis dari SMK Pulau Tikus bagi menyampaikan ceramah.



Rabu, 10 September 2014

Kawad Kecemasan

Latihan Kawad Kecemasan telah diadakan pada 10 September 2014, Rabu lalu dengan kerjasama pihak Bomba Nibong Tebal yang telah hadir bagi memberi ceramah dan juga demo kebakaran. Semoga memberi manfaat kepada warga SMK Jawi

Selasa, 22 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Qiamulail melibatkan semua pelajar tingkatan 5 telah diadakan pada 22 Julai 2014. YDP PIBG juga turut hadir bagi menyampaikan ucapan kepada pelajar. Sebelum berbuka pelajar disajikan dengan ceramah agama.

 


Sabtu, 28 Jun 2014

Kejohanan Balapan dan Padang 2014

28 Jun 2014 telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang  SMK Jawi kali ke 11, 2014 yang dirasmikan oleh En Othman Bin Mohd Rajab, penolong PPD Pengurusan Sekolah. Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran Alumni SMK Jawi. Terima kasih kepada semua yang terlibat!




Sabtu, 21 Jun 2014

Program Semarak Kasih

Program Semarak Kasih bagi membincangkan prestasi murid bersama guru telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Jun 2014 mulai jam 10.00 pagi bagi murid tingkatan Peralihan, 1, 2 & 4 bertempat di SMK Jawi. Manakala murid tingkatan 3 & 5 bermula jam 8.00 pagi di Dewan Seminar, Pejabat Pelajaran Daerah, SPS. Selain perbincangan prestasi murid, mereka juga disajikan dengan ceramah motivasi yang disampaikan sendiri oleh tuan pengetua SMK Jawi, Pn Hajah Fathiyah Bt Abu Bakar bergandingan bersama Tn Haji Bukhari.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Mei 2014

Jumaat, 23 Mei 2014

Perkhemahan Koko di Gunung Jerai

23 Mei 2014, Perkhemahan kokurikulum diadakan selama 3 hari 2 malam oleh unit Kokurikulum SMK Jawi, di Hutan Lipur sungai Teroi, Gunung Jerai, Kedah.





Rabu, 7 Mei 2014

Syabas Pasukan Hoki SMK Jawi

Keputusan Pertandingan Hoki MSSPP Daerah Seberang Perai Selatan 2014
SMK JAWI
VS SRI NBONG =1-0
VS KOLEJ VOK SBRG PERAI =2-0
VS TUNKU ABD RAHMAN 0-0
VS BUKIT MERTAJAM 1-0
JOHAN KUMP A...DAERAH SEB PRAI SELATAN...
VS BM HIGH SCHOOL 4-3
VS BUKIT MERTAJAM 3-2..
Syabas!! SMK JAWI
JOHAN PERINGKAT ZON..
MGGU DEPAN PERINGKAT NEGERI
.....ALHAMDULILLAH.....
terima kasih kepada semua krn mendoakan kejayaan kami...