Isnin, 10 Januari 2011

Perhimpunan Rasmi Pertama SMKJ 2011 Dengan Pengetua Baru


10 Jan 2011, Isnin, SMKJ memulakan perhimpunan rasmi di tahun 2011 dengan tuan pengetua yang baru, En Ismail Bin Mohd Said. Seluruh warga sekolah mengalu-alukan kedatangan beliau.

Majlis Perpisahan Pengetua

7 Jan 2011, satu majlis perpisahan bersama pengetua Pn Zaiton Bt Md Noor telah diadakan pada jam 10.40 pagi. Pn Zaiton telah yang bertukar ke SMK Sungai Acheh dan akan memulakan tugas mulai 10 Jan 2011. Pn Zaiton telah menerajui SMK Jawi sejak mula sekolah ini dibuka iaitu pada tahun 2002. Pn Zaiton adalah seorang  yang banyak berjasa kepada sekolah sepanjang beliau bertugas sebagai pengetua di SMK Jawi.

Majlis bermula dengan ucapan-ucapan dari wakil pelajar, wakil guru, wakil pentadbiran, NYDP PIBG dan ucapan Pn Zaiton sendiri. Selepas menerima hadiah-hadiah dari kelas-kelas sebagai tanda kenangan, Pn Zaiton berjabat tangan dengan semua warga sekolah dan diiringi ke kereta untuk lambaian perpisahan.




Khamis, 6 Januari 2011

Sekitar Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1&P 2011

30 Disember 2010, SMKJ telah mengadakan Majlis Taklimat Waris kepada waris-waris dan murid baru SMKJ tingkatan 1 dan Peralihan, majlis bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Para waris telah diberi taklimat oleh pengetua iaitu Pn Zaiton Bt Md Noor, ucapan oleh YDP PIBG iaitu En Amir Yazid bin Ali, taklimat kokurikulum oleh PK Kokurikulum Pn Wan Faezah Bt Megat Noordin dan taklimat disiplin oleh En Shukri B Che Yunus. Manakala murid-murid peralihan dan tingkatan 1 telah diagihkan ikut kelas dan diberi taklimat oleh guru kelas masing-masing dan penyerahan SPBT. Berikut gambar-gambar sekitar majlis tersebut.