15 Disember 2011, Khamis. Seramai 159 orang murid tingkatan 1 dan peralihan telah ditempatkan di SMK Jawi. Hampir lebih 140 orang yang telah datang membuat pengesahan dan sebahagian kecil yang memohon pertukaran. Bagi anak-anak yang memohon pertukaran adalah diingatkan untuk mengambil keputusan rayuan pertukaran pada 28 Disember 2011 ini. Manakala Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1 dan Peralihan 2012 akan diadakan pada 30 Disember (Jumaat) ini. Anak-anak juga akan dibekalkan buku teks. Pembelian barangan koperasi juga boleh dibuat pada hari tersebut.
Bagi murid-murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5 boleh mula membeli barang koperasi mulai 26 Disember hingga 29 Disember 2011. Gotong Royong buka sekolah juga akan diadakan pada 30 Disember ini. Semua warga SMKJ dijemput hadir untuk mempersiapkan bilik darjah anda agar lebih bersedia, tersusun, ceria dan kondusif bagi memulakan sesi persekolahan mulai 4 Januari kelak.
Memaparkan catatan dengan label taklimat waris. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taklimat waris. Papar semua catatan
Sabtu, 24 Disember 2011
Khamis, 6 Januari 2011
Sekitar Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1&P 2011
30 Disember 2010, SMKJ telah mengadakan Majlis Taklimat Waris kepada waris-waris dan murid baru SMKJ tingkatan 1 dan Peralihan, majlis bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Para waris telah diberi taklimat oleh pengetua iaitu Pn Zaiton Bt Md Noor, ucapan oleh YDP PIBG iaitu En Amir Yazid bin Ali, taklimat kokurikulum oleh PK Kokurikulum Pn Wan Faezah Bt Megat Noordin dan taklimat disiplin oleh En Shukri B Che Yunus. Manakala murid-murid peralihan dan tingkatan 1 telah diagihkan ikut kelas dan diberi taklimat oleh guru kelas masing-masing dan penyerahan SPBT. Berikut gambar-gambar sekitar majlis tersebut.
Khamis, 16 Disember 2010
Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1&P 2011
1. Para waris bagi murid-murid tingkatan 1 dan peralihan dijemput:-
Majlis taklimat Waris Tingkatan 1 & Peralihan 2011
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Terbuka SMK Jawi
Pakaian pelajar : Pakaian seragam sekolah
Majlis taklimat Waris Tingkatan 1 & Peralihan 2011
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tgh
Tempat : Dewan Terbuka SMK Jawi
Pakaian pelajar : Pakaian seragam sekolah
Langgan:
Catatan (Atom)



