Memaparkan catatan dengan label pendaftaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendaftaran. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Disember 2011

Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2012

15 Disember 2011, Khamis. Seramai 159 orang murid tingkatan 1 dan peralihan telah ditempatkan di SMK Jawi. Hampir lebih 140 orang yang telah datang membuat pengesahan dan sebahagian kecil yang memohon pertukaran. Bagi anak-anak yang memohon pertukaran adalah diingatkan untuk mengambil keputusan rayuan pertukaran pada 28 Disember 2011 ini. Manakala Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1 dan Peralihan  2012 akan diadakan pada 30 Disember (Jumaat) ini. Anak-anak juga akan dibekalkan buku teks. Pembelian barangan koperasi juga boleh dibuat pada hari tersebut.

Bagi murid-murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5 boleh mula membeli barang koperasi mulai 26 Disember hingga 29 Disember 2011. Gotong Royong buka sekolah juga akan diadakan pada 30 Disember ini. Semua warga SMKJ dijemput hadir untuk mempersiapkan bilik darjah anda agar lebih bersedia, tersusun, ceria dan kondusif bagi memulakan sesi persekolahan mulai 4 Januari kelak.



Rabu, 15 Disember 2010

Pengesahan Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan 2011

15 Disember 2010, pendaftaran tingkatan 1 dan peralihan bagi tahun 2011 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 4 ptg. Seramai 152 pelajar telah ditempatkan di SMK Jawi iaitu 38 orang pelajar peralihan dan selebihnya tingkatan 1.

Murid-murid dan waris pelajar tingkatan 1 dan peralihan akan diberi taklimat pada 30 Disember 2010 ini. Waris-waris juga boleh membeli peralatan anak masing-masing di samping anak-anak akan dibekalkan dengan buku teks untuk tahun 2o11.

Berikut gambar-gambar semasa majlis pendaftaran diadakan..




Selasa, 14 Disember 2010

Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan 2011

Kepada bakal murid baru yang akan mendaftar di SMK Jawi:-

Tarikh : 15 Disember 2010
Masa 8.00 pg hingga 4.00 ptg
Tempat: Kantin SMKJ

Sila pastikan anda membawa:-
1. Surat penempatan
2. Salinan sijil lahir / kad pengenalan
3. Salinan keputusan UPSR

Bagi rayuan pertukaran pastikan anda membawa:-
1. Salinan sijil lahir/kad pengenalan
2. Salinan bil elektrik/telefon (bagi alasan berdekatan dengan tempat tinggal)