Khamis, 30 Disember 2010

Pengumuman

Gotong Royong Buka Sekolah yang telah dirancang pada 31.12.2010 dibatalkan kerana telah diumumkan esok kita CUTI UMUM sempena kemenangan pasukan Bola Sepak Malaysia Piala AFC Suzuki. Walaubagaimana pun penjualan bearang-barang koperasi dan penyerahan SPBT tetap dijalankan sperti yang telah dijadualkan. Harap maklum...Selamat Menyambut Tahun Baru 2011..

Isnin, 27 Disember 2010

Tahniah Murid SMKJ Yang Berjaya Dalam PMR 2010

23 Disember 2010, Keputusan PMR yang lalu telah diumumkan dan SMKJ mampu mengukir senyuman kegembiraan dengan kemampuan 2 orang pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' iaitu Ahmad Danial Bin Abdul Ghafar dan Farah Izzati Bt Ahmad Yani. Manakala yang mendapat 6A ialah Muhd Asnawi Rusydi b Ahmad Sibi dan Sayed Muhd Amar Ikhmal Bin Sayed Abdul Razak. Yang mendapat 5A pula ialah Muhamad Amirul Afiq B Jesmin, Muhamad Safwan Bin Mohamad Fakharurazi dan Najihah Bt Mohd Asri. Berikut gambar-gambar rakaman kegembiraan mereka yang berjaya. Yang tidak berjaya jangan putus asa.
sebahagian yang hadir

sebahagian yangh hadir

Rabu, 22 Disember 2010

Pengumumam

Assalamualaikum, 


Kepada semua warga SMK Jawi, Gotong Royong Buka Sekolah 2011 akan diadakan pada 31.12.2010 (Jumaat jam 8.00 pg) dan bagi tingkatan 2, 3 dan 5 penyerahan SPBT 2011 juga akan diadakan pada hari tersebut. Sila Hadir.

Khamis, 16 Disember 2010

Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1&P 2011

1. Para waris bagi murid-murid tingkatan 1 dan peralihan dijemput:-
        Majlis taklimat Waris Tingkatan 1 & Peralihan 2011
        Masa                  : 8.30 pagi - 12.00 tgh
        Tempat               : Dewan Terbuka SMK Jawi
        Pakaian pelajar  : Pakaian seragam sekolah

Rabu, 15 Disember 2010

Pengesahan Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan 2011

15 Disember 2010, pendaftaran tingkatan 1 dan peralihan bagi tahun 2011 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 4 ptg. Seramai 152 pelajar telah ditempatkan di SMK Jawi iaitu 38 orang pelajar peralihan dan selebihnya tingkatan 1.

Murid-murid dan waris pelajar tingkatan 1 dan peralihan akan diberi taklimat pada 30 Disember 2010 ini. Waris-waris juga boleh membeli peralatan anak masing-masing di samping anak-anak akan dibekalkan dengan buku teks untuk tahun 2o11.

Berikut gambar-gambar semasa majlis pendaftaran diadakan..




Selasa, 14 Disember 2010

Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan 2011

Kepada bakal murid baru yang akan mendaftar di SMK Jawi:-

Tarikh : 15 Disember 2010
Masa 8.00 pg hingga 4.00 ptg
Tempat: Kantin SMKJ

Sila pastikan anda membawa:-
1. Surat penempatan
2. Salinan sijil lahir / kad pengenalan
3. Salinan keputusan UPSR

Bagi rayuan pertukaran pastikan anda membawa:-
1. Salinan sijil lahir/kad pengenalan
2. Salinan bil elektrik/telefon (bagi alasan berdekatan dengan tempat tinggal)

Isnin, 4 Oktober 2010

PMR Menjelang Tiba!!! 5 OKT 2010

Kepada semua student Form 3 SMK Jawi serta seluruh pelajar Form 3 di Malaysia, Pihak SMK Jawi mengucapkan semoga berjaya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010 yang akan bermula pada 5 OKT 2010 ini..semoga anda memperolehi kejayaan di masa depan...Good Luck Again!!!...

Isnin, 28 Jun 2010

Majlis Konferensi Waris

Semua waris pelajar SMK Jawi dijemput untuk menghadiri :-

Majlis Konferensi Waris
Tarikh : 2 Julai 2010
Masa : 10.00 a.m

Isnin, 14 Jun 2010

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8, 2010, telah diadakan pada 13Mac 2010, Sabtu di Dewan Terbuka SMK Jawi. Dato' Zainal Abidin Bin Haji Osman tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut, oleh yang demikian, mesyuarat telah dirasmikan oleh En Abu Bakar Bin Mohd Noor, iaitu Pegawai Khas kepada Dato' Zainal Abidin Bin Haji Osman.

Bekas YDP PIBG SMKJ, En Hashim Bin Chik, sedang menyampaikan cenderahati kepada perasmi

Barisan jawatankuasa PIBG 2009

Pengetua menyampaikan ucapan

Para tetamu VIP yang hadir

Pendaftaran

Para tetamu yang hadir

Guru yang ditugaskan untuk mencatat
Para tetamu yang hadir 

Para tetamu yang hadir

Pasukan kompang dan bunga manggar menanti ketibaan perasmi

Jumaat, 11 Jun 2010

Keputusan SPM SMKJ 2009

Tahniah kepada semua calon SPM yang berjaya. Peratus lulus SPM 2009 iaitu 71.76 %. 6 subjek mendapat 100 % lulus, iaitu Fizik, EST, Tasawur Islam, Bahasa tamil, Kesusasteraan Tamil dan Hiasan Dalaman Asas. Pelajar terbaik Muhammad Nur Imran Bin Mohd Wazir memperolehi 9A (3A+ dan 6A).  Tahniah..

 Calon yang berjaya tersenyum gembira

Pn Hamidah sedang menyerahkan keputusan kepada calon SPM kelasnya

Jumaat, 12 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

10 Mac 2010, Rabu, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah telah diadakan pada 7.40 pagi hingga 10.30 pagi. Acara yang diadakan ialah perarakan dan bersalawat ke atas nabi, ceramah Maulidur Rasul dan pertandingan kain rentang. Semua warga Islam SMK Jawi terlibat dalam perarakan dari kawasan sekolah melalui Taman Desa Jawi dan balik ke sekolah. setibanya di sekolah pula warga SMK Jawi dihidangkan dengan ceramah.
berbaris sebelum memulakan perarakan