Sabtu, 31 Disember 2011

Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2012

Majlis Taklimat Waris bagi murid-murid baru tingkatan 1 dan Peralihan telah diadakan pada 30 Disember 2011 (Jumaat). Murid-murid tersebut telah diagihkan mengikut kelas masing-masing dan diberi taklimat oleh guru kelas serta diagihkan buku pinjaman SPBT. Manakala para waris pula diberi taklumat/ucapan oleh pengetua sebelum dibenarkan berurusan dengan guru kelas.

murid-murid tingkatan 1 dan peralihan sesi 2012

pendaftaran waris

Sabtu, 24 Disember 2011

Neili dan Nabil Terbaik PMR 2011


22 Disember 2011, Keputusan PMR 2011 telah diumumkan. Alhamdulillah, keputusan tahun ini meningkat sebanyak 10% berbanding tahun lalu.Tahniah kepada murid-murid SMK Jawi yang berjaya dalam PMR 2011. Dua orang murid terbaik SMK Jawi iaitu Muhammad Nabil Bin Mohd Noor dan Neili Adlin Bin A Ghafar yang mendapat semua A (8A). Semoga mereka ini akan terus mengukirkan kejayaaan dan mengharumkan nama sekolah dan kedua ibu bapa walau di mana mereka berada kelak. Tahniah kepada semua guru yang telah berusaha bertungkus lumus. Bagi murid-murid lain yang tidak berjaya diharapkan berusaha terus dan usah berputus asa kerana SPM 2013 sedang menanti ketibaan anda sebagai penentu masa depan anda...

Tahniah Nabil dan Neili !!



Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2012

15 Disember 2011, Khamis. Seramai 159 orang murid tingkatan 1 dan peralihan telah ditempatkan di SMK Jawi. Hampir lebih 140 orang yang telah datang membuat pengesahan dan sebahagian kecil yang memohon pertukaran. Bagi anak-anak yang memohon pertukaran adalah diingatkan untuk mengambil keputusan rayuan pertukaran pada 28 Disember 2011 ini. Manakala Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1 dan Peralihan  2012 akan diadakan pada 30 Disember (Jumaat) ini. Anak-anak juga akan dibekalkan buku teks. Pembelian barangan koperasi juga boleh dibuat pada hari tersebut.

Bagi murid-murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5 boleh mula membeli barang koperasi mulai 26 Disember hingga 29 Disember 2011. Gotong Royong buka sekolah juga akan diadakan pada 30 Disember ini. Semua warga SMKJ dijemput hadir untuk mempersiapkan bilik darjah anda agar lebih bersedia, tersusun, ceria dan kondusif bagi memulakan sesi persekolahan mulai 4 Januari kelak.



Rabu, 14 Disember 2011

Program Konferensi Waris Tahun 2011 dan Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan bagi Tahun 2012

17 November 2011, Jumaat, SMK Jawi telah mengadakan Program Konferensi Waris bagi Tingkatan  Peralihan, 1, 2 dan 4 dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan RM 100 bagi setiap murid SMK Jawi. Sambutan amatlah menggalakkan dengan kehadiran hampir kesemua waris. Pihak SMK Jawi mengharapkan agar wang bantuan kerajaan tersebut dimanfaatkan untuk pembelian bahan-bahan persediaan  persekolahan bagi tahun 2012 ~