Isnin, 17 Mac 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 12 Tahun 2014

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 8 Mac 2014, Sabtu lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Dato' Hj. Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin. Selain merasmikan mesyuarat agung, Dato' juga turut merasmikan Galeri PAV (Pendidikan Asas Vokasional). Turut hadir pada hari tersebut bagi menyerikan lagi majlis tersebut ialah Tuan PPD Selatan, Encik Mohd Ghazali bin Abu Bakar serta pegwai-pegawai PPD. Tahniah diucapkan kepada YDP PIBG, En Osman Bin Hashim, serta ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik bagi sesi 2014/2015. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.






Sabtu, 1 Mac 2014

Kejohanan Merentas Desa SMK Jawi kali ke 11 Tahun 2014

Alhamdulillah.. Kejohanan Merentas Desa SMK Jawi kali ke 11 telah di adakan pada 28 Feb 2014, Jumaat lalu. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini terutama sekali pasukan PDRM yang terlibat secara langsung dalam membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan murid-murid SMK Jawi.