Sabtu, 31 Disember 2011

Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2012

Majlis Taklimat Waris bagi murid-murid baru tingkatan 1 dan Peralihan telah diadakan pada 30 Disember 2011 (Jumaat). Murid-murid tersebut telah diagihkan mengikut kelas masing-masing dan diberi taklimat oleh guru kelas serta diagihkan buku pinjaman SPBT. Manakala para waris pula diberi taklumat/ucapan oleh pengetua sebelum dibenarkan berurusan dengan guru kelas.

murid-murid tingkatan 1 dan peralihan sesi 2012

pendaftaran waris

Sabtu, 24 Disember 2011

Neili dan Nabil Terbaik PMR 2011


22 Disember 2011, Keputusan PMR 2011 telah diumumkan. Alhamdulillah, keputusan tahun ini meningkat sebanyak 10% berbanding tahun lalu.Tahniah kepada murid-murid SMK Jawi yang berjaya dalam PMR 2011. Dua orang murid terbaik SMK Jawi iaitu Muhammad Nabil Bin Mohd Noor dan Neili Adlin Bin A Ghafar yang mendapat semua A (8A). Semoga mereka ini akan terus mengukirkan kejayaaan dan mengharumkan nama sekolah dan kedua ibu bapa walau di mana mereka berada kelak. Tahniah kepada semua guru yang telah berusaha bertungkus lumus. Bagi murid-murid lain yang tidak berjaya diharapkan berusaha terus dan usah berputus asa kerana SPM 2013 sedang menanti ketibaan anda sebagai penentu masa depan anda...

Tahniah Nabil dan Neili !!



Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2012

15 Disember 2011, Khamis. Seramai 159 orang murid tingkatan 1 dan peralihan telah ditempatkan di SMK Jawi. Hampir lebih 140 orang yang telah datang membuat pengesahan dan sebahagian kecil yang memohon pertukaran. Bagi anak-anak yang memohon pertukaran adalah diingatkan untuk mengambil keputusan rayuan pertukaran pada 28 Disember 2011 ini. Manakala Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1 dan Peralihan  2012 akan diadakan pada 30 Disember (Jumaat) ini. Anak-anak juga akan dibekalkan buku teks. Pembelian barangan koperasi juga boleh dibuat pada hari tersebut.

Bagi murid-murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5 boleh mula membeli barang koperasi mulai 26 Disember hingga 29 Disember 2011. Gotong Royong buka sekolah juga akan diadakan pada 30 Disember ini. Semua warga SMKJ dijemput hadir untuk mempersiapkan bilik darjah anda agar lebih bersedia, tersusun, ceria dan kondusif bagi memulakan sesi persekolahan mulai 4 Januari kelak.



Rabu, 14 Disember 2011

Program Konferensi Waris Tahun 2011 dan Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan bagi Tahun 2012

17 November 2011, Jumaat, SMK Jawi telah mengadakan Program Konferensi Waris bagi Tingkatan  Peralihan, 1, 2 dan 4 dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan RM 100 bagi setiap murid SMK Jawi. Sambutan amatlah menggalakkan dengan kehadiran hampir kesemua waris. Pihak SMK Jawi mengharapkan agar wang bantuan kerajaan tersebut dimanfaatkan untuk pembelian bahan-bahan persediaan  persekolahan bagi tahun 2012 ~




Rabu, 26 Oktober 2011

Karnival Kokurikulum 2011

Karnival Kokurikulum SMK Jawi telah diadakan pada 10 September 2011, Sabtu. Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu aneka jenis jualan, pelbagai pertandingan termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, gubahan bunga, tayangan filem, nyanyian karaoke, cabutan bertuah dan sebagainya. 


Sabtu, 27 Ogos 2011

Majlis Penyerahan Wang Bantuan KWAPM 2011

20 Ogos 2011, Sabtu, majlis penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah diadalan di SMKTSS Barakbah. Seramai 19 orang pelajar miskin SMK Jawi yang menerima bantuan. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Tan Cheng Liang iaitu Penyelaras Kadun Jawi.

Pn Tan Cheng Liang menyampaikan baucar

berbaris sebelum masuk ke dewan

Program Funds Donated Under Hearts For Hope

Khamis 18 Ogos 2011, seramai  95 orang pelajar miskin SMKJ telah diberi bantuan dari persatuan JCI Pulau Pinang yang berupa wang tunai, alat tulis dan keperluan persekolahan dalam Program Funds Donated Under Hearts For Hope. Semoga bantuan ini dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar SMKJ dan dimanfaatkan sepenuhnya... Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada persatuan tersebut.

barisan penerima sumbangan bergambar bersama-sama wakil persatuan JCE dan pentadbir

Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2011

30 Julai 2011, Sabtu, SMKJ telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi meraikan murid-murid SMK Jawi yang berjaya dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, PMR dan SPM 2010.

Isnin, 22 Ogos 2011

Gotong Royong Perdana

16 Julai 2011, Sabtu - Gotong Royong Perdana telah diadakan di SMK Jawi bagi membersihkan kawasan sekolah. Murid yang terlibat terdiri daripada 10 orang wakil bagi setiap persatuan dan kelab. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyisih dan membuang barang-barang yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Program telah berjalan dengan lancar bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari.

ahli persatuan yang terpilih untuk menjalankan gotong royong 

Koperasi

Bilik SPBT

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan 1432H

Kepada semua warga SMK Jawi, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.. 

Ramadan Mubarak Wishes

Sabtu, 16 Julai 2011

Kejohanan Balapan dan Padang SMKJ 2011

2 Julai 2011, Sabtu, telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang SMK Jawi. Majlis perasmian telah sempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Selatan, En Mohd Ghazali Bin Abu Bakar. Sabtu tersebut juga telah berlangsung larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Kejohanan dimulakan setelah selesai acara larian 1M1S1M. Kejohanan tahun ini diadakan dengan penuh meriah sekali, semua pasukan telah menunjukkan kesungguhan dalam memenangi setiap acara sukan kali ini. Walau bagaimanapun, adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah, bagi pasukan yang menang diucapkan syabas manakala yang kalah, cuba lagi..

tuan PPD bersedia untuk menyaksikan lintasan perbarisan

para tetamu yang hadir

rumah merah beraksi dengan maskot ninja

rumah biru dengan maskot badut

Ahad, 10 Julai 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

2 Julai 2011 (Sabtu), SMKJ tidak terkecuali dalam memberi sumbangan bagi memecahkan rekod negara 3 juta rakyat Malaysia membuat Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia (1M1S1M). Acara yang berlangsung di SMK Jawi bemula jam 7.00 pagi itu juga disertai oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Selatan termasuk tuan PPD Selatan sendiri iaitu En Mohd Ghazali B Abu Bakar. Acara telah dirasmikan oleh YB Dato Zainal Abidin Bin Osman. YDP PIBG SMKJ, AJK PIBG dan sebahagian waris juga turut hadir untuk memberi sokongan. Pihak SMKJ mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut..

 Dato Zainal, Tn Hj Ghazali, pengetua En Ismail dan sebahagian murid, waris, guru yang terlibat membuat sorakan "1 Malaysia" setelah selesai acara

Lawatan ke Terengganu

Pada 6, 7 dan 8 Mei lalu, sebahagian warga guru SMK Jawi telah melawat negeri Terengganu. Antara tempat-tempat yang dilawati iaitu Masjid Kristal, Pasar Payang, Arfa Batik dan satu-satunya sekolah penanda aras yang kami lawati iaitu SMK Padang Midin. SMK Jawi mengucapkan berbanyak terima kasih kerana kehadiran kami disambut dengan baik. Kehadiran para guru SMKJ sedikit sebanyak membawa pulang pelbagai perkongsian idea dan maklumat yang diperolehi dari sana..

  SMKPM


menuju ke bilik mesyuarat

Ahad, 15 Mei 2011

Majlis Perpisahan Pn Hamidah

 
SMK Jawi kehilangan sebutir lagi permata yang berharga pada 13 Mei, Jumaat lalu.. merupakan hari terakhir Pn Hamidah Che Meh bertugas di SMKJ. Pn Hamidah akan bertukar ke Maktab Perguruan Tuanku Bainun sebagai seorang pensyarah. Majlis perpisahan telah diadakan pada hari Khamis lalu. Memandangkan sekolah sedang manjalankan peperiksaan pertengahan tahun, majlis yang dilangsungkan hanya bersifat sederhana. Seluruh warga SMKJ mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang beliau bertugas di SMK Jawi, semoga pn Hamidah berjaya hendaknya walau di mana beliau berada.

Isnin, 25 April 2011

Pertandingan Antara Rumah Sukan


Pertandingan antara rumah sukan diadakan pada 23 April 2011 hari Sabtu. Antara permainan yang dipertandingkan ialah Bola Baling, Bola Jaring dan Bola Tampar. Rumah Hijau muncul sebagai juara apabila menang hampir semua permainan yang dipertandingkan.

Peperiksaan Pertenghan Tahun 2011

Untuk makluman semua pelawat blog SMK Jawi, Jadual waktu peperiksaan pertengahan tahun boleh diperolehi atau disemak di halaman unit kurikulum SMKJ.

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Terima Kasih

Ahad, 24 April 2011

Netbook 1 Malaysia



 
Penerimaan NetBook 1 Malaysia bagi SMK Jawi telah dilaksanakan pada 15 April 2011 hari Jumaat. Pemberian Netbook kepada 231 pelajar diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 ptg oleh SKMM. Semua penerima Netbook 1 Malaysia dikehendaki melanggan Jalur Lebar melalui  Telekom, Maxis atau Celcom mengikut kemampuan.

Sabtu, 9 April 2011

MERENTAS DESA 2011



 Merentas SMK Jawi telah diadakan pada 9 April 2011 hari Sabtu. Hari sabtu ini merupakan hari ganti persekolahan bagi sambutan  hari depavali 2011.Merentas desa ini telah dirasmikan oleh  Naib Yang  Dipertua PIBG iaitu En. Shahidin



Khamis, 24 Mac 2011

Tahniah Kepada Yang Berjaya Dalam SPM 2010

Tahniah kepada pelajar-pelajar SMKJ yang berjaya dalam SPM Tahun 2010. Pelajar cemerlang SMKJ SPM 2011 ialah Noorsuhana Bt Adzahab yang mendapat 4A. Tahniah diucapkan..

Isnin, 21 Mac 2011

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 9, tahun 2011 telah diadakan pada 26 Februari 2011 di Dewan Terbuka SMK Jawi. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tn Haji Mohd Ghazali Bin Abu Bakar.

tuan PPD menyampaikan ucapan

pasukan gamelan

Ahad, 20 Februari 2011

Rindu Mustaqim Januari 2011

Program Rindu Mustaqim dilaksanakan semula bermula pada bulan Januari sepertimana yang di lakukan pada tahun 2010. Pelajar Islam membaca Surah Yasin dan pelajar India dengan aktiviti mereka sendiri. Semoga perjalanan SMK Jawi diredhai oleh pencipta..


Perjumpaan Tingkatan 3 kali 1 (31 Januari 2011)



Pameran Pendidikan Dan Kerjaya PISA (30 Januari 2011)


Program Latihan Dalam Perkhidmatan Kali-1

Program yang disertai oleh semua staf SMK Jawi kali pertama tahun 2011. Ia dijalankan selama 1 hari di bilik mesyuarat SMK Jawi.




Program Kepimpinan Persatuan & Kelab (29-01-2011


Sabtu, 19 Februari 2011

Program Konferensi Waris 1 2011(21 Januari 11)

Pertemuan antara guru kelas dan ibubapa pelajar dilakukan pada waktu ini. Berbagai ragam yang dipersembahkan oleh pelajar,ibubapa dan guru kelas terbabit..Saksikan.