Penyerahan wang Kwapm telah diadakan pada 26 September 2014, Jumaat lalu di mana seramai 19 orang murid telah menerima bantuan.
Memaparkan catatan dengan label bantuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bantuan. Papar semua catatan
Jumaat, 26 September 2014
Isnin, 21 Januari 2013
MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013
Pada 17 Januari 2013, YBhg. Dato' Zainal Abidin serta isteri beliau Datin Siti Nur Syafiqa dan juga Pn. Tan Cheng Liang telah menyerahkan wang bantuan khas awal persekolahan kepada semua waris pelajar di SMK JAWI. Ianya telah disempurnakan dari jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Selain itu juga, Tuan PPD SPS dan Tuan Pengetua SMK JAWI turut serta dalam majlis penyerahan tersebut. Semoga dengan penyerahan wang bantuan ini dapat meringankan beban para waris dalam memberi pelajaran pada anak mereka.
Rabu, 14 Disember 2011
Program Konferensi Waris Tahun 2011 dan Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan bagi Tahun 2012
17 November 2011, Jumaat, SMK Jawi telah mengadakan Program Konferensi Waris bagi Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4 dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan RM 100 bagi setiap murid SMK Jawi. Sambutan amatlah menggalakkan dengan kehadiran hampir kesemua waris. Pihak SMK Jawi mengharapkan agar wang bantuan kerajaan tersebut dimanfaatkan untuk pembelian bahan-bahan persediaan persekolahan bagi tahun 2012 ~
Sabtu, 27 Ogos 2011
Majlis Penyerahan Wang Bantuan KWAPM 2011
20 Ogos 2011, Sabtu, majlis penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah diadalan di SMKTSS Barakbah. Seramai 19 orang pelajar miskin SMK Jawi yang menerima bantuan. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Tan Cheng Liang iaitu Penyelaras Kadun Jawi.
Pn Tan Cheng Liang menyampaikan baucar
berbaris sebelum masuk ke dewan
Program Funds Donated Under Hearts For Hope
Khamis 18 Ogos 2011, seramai 95 orang pelajar miskin SMKJ telah diberi bantuan dari persatuan JCI Pulau Pinang yang berupa wang tunai, alat tulis dan keperluan persekolahan dalam Program Funds Donated Under Hearts For Hope. Semoga bantuan ini dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar SMKJ dan dimanfaatkan sepenuhnya... Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada persatuan tersebut.
barisan penerima sumbangan bergambar bersama-sama wakil persatuan JCE dan pentadbir
Ahad, 24 April 2011
Netbook 1 Malaysia
Penerimaan NetBook 1 Malaysia bagi SMK Jawi telah dilaksanakan pada 15 April 2011 hari Jumaat. Pemberian Netbook kepada 231 pelajar diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 ptg oleh SKMM. Semua penerima Netbook 1 Malaysia dikehendaki melanggan Jalur Lebar melalui Telekom, Maxis atau Celcom mengikut kemampuan.
Langgan:
Catatan (Atom)





