Info SMK Jawi

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JAWI
14200 SUNGAI JAWI
SEBERANG PERAI SELATAN
PULAU PINANG
NO TEL : 04 5823307
NO FAX : 04 5823546
EMEL : smkjawimy@yahoo.com


LOKASI SMKJ

Lihat SMKJ di Google Map


LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi dibuka pada 2 Januari 2002 dan pada awalnya menumpang di SK Jawi. Penyelaras SMK Jawi pada masa tersebut ialah Pn Zaiton bt Md Noor dan seterusnya dilantik sebagai pengetua pada 1 Julai 2003. Pengetua telah dibantu oleh En Azmi Othman yang menjalankan tugas sebagai penolong kanan HEM dan En Zulkifli yang menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Seramai 9 orang guru yang mula berkhidmat di SMK Jawi pada masa tersebut dan seramai 65 orang murid memulakan tahun pertama tersebut yang diambil dari SK Jawi dan SK Keledang. Hanya sebanyak 3 kelas tingkatan 1 dibuka pada masa tersebut.

warga SMKJ tahun 2002

Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi telah berpindah ke bangunan sendiri pada 9 September 2002. SMKJ dibina dengan memiliki bilik-bilik khas seperti pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik audio visual, bilik media, 2 buah makmal komputer, 1 makmal bahasa, bengkel kemahiran hidup, jahitan, kejuruteraan, bilik seminar, koperasi, bilik kaunseling, makmal sains iaitu fizik, biologi dan kimia, bilik muzik, bilik pendidikan seni visual, bilik persalinan, surau dan sebagainya.

Pada tahun kedua iaitu 2003, sebanyak 10 orang guru ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi menjadikan jumlah guru seramai 19 orang kerana salah seorang guru iaitu En Zulkifli telah dinaikkan pangkat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah. Jumlah kelas bertambah menjadikan sebanyak 9 buah kelas iaitu dari tingkatan peralihan, 1, 2, dan 4. Jumlah kesemua murid menjadikan hampir 300 orang. Seramai 19 orang pelajar peralihan dan 60 orang murid tingkatan 4 yang dibawa masuk dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheikh Barakhbah.

Pada tahun ketiga, 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi mempunyai hampir 500 orang pelajar dan 34 orang guru. Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi juga memiliki kesemua tingkatan iaitu Peralihan, 1, 2, 3, 4 dan 5. SMK Jawi memulakan tahun pertama peperiksaan awam iaitu SPM dan PMR pada tahun 2004.
 
barisan pendidik tahun 2006

Tambahan daripada itu, mata pelajaran MPV Hiasan Dalaman Asas, telah diperkenalkan mulai tahun 2006. Oleh yang demikian, sebuah Bengkel MPV telah diubahsuai daripada empat bilik darjah. Mulai tahun 2008 satu lagi kelas MPV (Rekaan Dan Jahitan Pakaian) akan dibuka dengan mengubahsuai tiga bilik darjah dan sebuah stor untuk dijadikan bengkel kelas tersebut.

blok akademik / tapak perhimpunan

Tahun 2006 SMKJ juga telah mengorak langkah dengan membangunkan laman web Portal Bestari SMK Jawi iaitu di smkjawi.edu.my. Warga pendidik, ibu bapa dan pelajar boleh mendaftar dan mengakses laman ini dari rumah masih-masing. Selain daripada itu, bagi membolehkan semua warga pendidik SMKJ mengakses internet tanpa wayar, semua kawasan bilik guru dan pejabat telah disambungkan dengan internet tanpa wayar. Tahun 2007, Sebuah pusat akses internet dalam proses pembinaan di bilik media, Pusat Sumber bagi membolehkan pelajar-pelajar mengakses internet sepanjang masa terluang bagi membolehkan pencarian maklumat.

barisan pendidik SMKJ tahun 2007

Tahun 2007, SMK Jawi mempunyai lebih 500 orang pelajar dan lebih 42 orang guru. SMK Jawi juga memiliki 4 buah kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Seramai tujuh orang guru Pendidikan Khas dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid N17 mengendalikan kelas tersebut. Sebanyak 2 buah bilik kelas telah diubahsuai untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas.

Pada Februari 2008, Pn Zaiton telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke SMK Tun Syed Sheikh Barakhbah. Pada Khamis, 21 Mac 2008, pengetua baru iaitu En Abd. Wahab Bin Mat dari SMK Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah memulakan hari pertama di SMK Jawi.

Pada tahun 2009, Pn Zaiton kembali bertugas sebagai pengetua di SMK Jawi sehingga awal tahun  2011, beliau bertukar ke SMK Sungai Acheh.

barisan pendidik SMKJ tahun 2010

Tahun 2011, En Ismail Bin Mohd Said yang pernah berkhidmat sebagai pegawai di JPN telah menjadi pengetua SMK Jawi mulai Januari 2011. Jumlah murid SMKJ melebihi 660 orang murid dan jumlah guru juga lebih 60 orang guru.

barisan pendidik SMK Jawi tahun 2011

barisan pendidik SMK Jawi 2012

Barisan pendidik 2013

Barisan pendidik SMKJ 2014


VISI SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JAWI AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG 2015


MISI SEKOLAH

1. Memastikan kecemerlangan dalam kurikulum;
2. Memastikan penglibatan dan pencapaian cemerlang murid dalam aktiviti kokurikulum;
3. Membentuk insan yang bersahsiah terpuji, berketrampilan dan berdisiplin;
4. Memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar diberi perhatian;
5. Melaksanakan sistem pentadbiran professional secara telus dan tulus dengan penerapan budaya kerja sendiri;
6. Mewujudkan pesekitaran yang kondusif;
7. Memupuk semangat kerjasama antara warga sekolah, waris dan masyarakat.

LOGO SEKOLAH



KETERANGAN LOGO

Motto Sekolah

ILMU AMAL IMAN

ILMU Guru mendidik dan membimbing pelajar menimba ilmu dan menjadi pelajar yang berketerampilan

AMAL Berbekalkan ilmu yang ditimba ini , pelajar akan mengamalkannya ke jalan kebaikan.

IMAN Pelajar akan melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dengan berlandaskan keimanan sejati.

Bentuk Lencana

1. Logo berbentuk oval, dengan nama sekolah dan motto sekolah mengelilingi bentuk oval memberi makna bahawa usaha menuntut ilmu tiada sempadan dan batas masa, juga menggambarkan globalisasi.

2. Bentuk empat oval yang bertindih antara satu sama lain menunjukkan pendidikan bertaraf dunia dengan tumpuan utama kepada sains dan teknologi serta penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi.

3. Ia juga menggambarkan hubungan manusia dengan alam.

4. Dari pandangan sisi kelihatan otak manusia yang melambangkan pelajar yang berketerampilan dan serba boleh.

5. Gambar buku di tengah-tengah melambangkan penghayatan kepada pengajaran Al-Quran agar ilmu yang dituntut merupakan ilmu yang bermanfaat dan diamalkan berlandaskan keimanan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

6. Di samping itu, buku melambangkan pengekalan ciri-ciri tradisional yang baik dan ulung dalam usaha menuntut ilmu.

7. Oleh itu, asas pendidikan dan ilmu terus diutamakan. Ia juga mewakili bendera Pulau Pinang.

8. Lambang lima bulatan bertindih menunjukkan bahawa sekolah bukan sahaja menumpukan perhatian kepada bidang kurikulum malah kokurikulum juga diutamakan demi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

9. Angka 2002 menunjukkkan tarikh sekolah mula beroperasi.

Warna Lencana

1. Kuning – Kedaulatan dan mewakili salah satu warna bendera Pulau Pinang
2. Biru Tua – Perpaduan
3. Biru Muda – Mewakili warna bendera Pulau Pinang
4. Putih – Suci dan bersih.


LAGU SEKOLAH

Putera puteri SMK Jawi
Harapan ibu pertiwi
Bersatu hati melangkah maju
Ilmu asas kejayaan

Semarakkan perjuangan
Menghadapi cabaran
Kuatkan semangat semaikan budi
Moga kecemerlangan subur
Amat payah kita harungi

Kerahkan tenaga dan fikiran
Usah kita leka
Tiup semangat cinta sekolah
Bersatulah kita melangkah maju

Tekun berusaha kami berjanji
Inilah sumpah setia
Warga SMK Jawi
Menjadi insan berilmu beriman


IKRAR PELAJAR

Kami murid-murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi berikrar
Akan sentiasa patuh kepada
Prinsip-prinsip Rukun Negara iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang,
Kesopanan dan kesusilaan.

Dan kami berjanji
Pada setiap masa akan
Menghormati guru-guru,
Ibu bapa,
Dan rakan rakan,
Mematuhi peraturan sekolah,
Mengamalkan budaya ilmu,
Bergiat cergas dalam bidang pelajaran dan sukan,
Menjaga nama baik sekolah,
Dan sentiasa berdisiplin
Sesuai dengan visi dan misi sekolah

                     KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

• Sebuah Pejabat Pentadbiran
• Sebuah Bilik Mesyuarat
• Sebuah Bilik Perkembangan Staf
• Empat buah Bilik Guru Kanan
• Sebuah Bilik Guru
• Dua buah Makmal Komputer (makmal ICT, makmal MBMMBI)
• Sebuah Makmal Bahasa
• Enam buah Makmal Sains
• Empat buah Bengkel RBT
• Sebuah Bengkel Lukisan Kejuruteraan
• 2 buah Bengkel Jahitan Pakaian (Ubahsuai bilik darjah)
• Sebuah Bilik Pendidikan Seni
• Sebuah Bilik BOSS (SPBT)
• Sebuah Bilik Geografi / Sejarah
• Sebuah Bilik Matematik
• Sebuah Bilik Sukan / Persalinan(L & P)
• Sebuah Klinik Kesihatan
• Sebuah Seminar
• Sebuah Bilik Muzik
• 36 buah Bilik Darjah
• Sebuah Kantin
• Sebuah Dewan Peperiksaan (bilik darjah)
• Sebuah Ruang Serbaguna
• Sebuah Dataran Perhimpunan
• 8 buah Kelas Pendidikan Khas (Ubahsuai bilik darjah)
• Sebuah Dewan Terbuka
• Sebuah bilik koperasi sekolah
• Sebuah kafe (bilik masakan) PPKI
• Sebuah Pusat Akses Sekolah
• Sebuah Surau
• Sebuah padang bola dan trek 200 meter
• Dua buah gelanggang badminton terbuka
• Dua buah gelanggang sepak takraw terbuka