Rabu, 19 Disember 2012

Keputusan PMR 2012

19 Dis 2012, Rabu, Tahniah diucapkan kepada murid SMK Jawi yang cemerlang dalam PMR 2012. Seramai 2 orang yang berjaya memperolehi keputusan semua A iaitu adik Nurin Nissa dan adik Kartigen dari tingkatan 3 UIA. Tahniah juga kepada semua murid yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan yang berjaya mencapai target yang dikehendaki. Tidak lupa penghargaan kepada guru-guru dan ibu bapa yang telah berusaha bertungkus lumus dalam membimbing serta memberi sokongan moral kepada anak-anak kita ini. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada kejayaan-kejayaan yang seterusnya. Kepada yang kurang bernasib baik, janganlah berputus ada kerana kegagalan ini bukanlah bererti satu nokhtah kepada kehidupan, malah bangkitlah berusaha di samping berdoa dan yakin kepada Yang Esa agar beroleh kejayaan kelak di dunia dan juga di akhirat hendaknya...

Adik Nurin Nissa 8A's Tahniah!

Adik Kartigen 8A's Tahniah!


Pengesahan Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Satu Tahun 2013

Pengesahan pendaftaran telah diadakan pada 13 Disember 2012 (Khamis). Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat. Bagi urusan rayuan pertukaran, keputusan akan dikeluarkan di pejabat SMK Jawi pada 26 Disember 2012. Para waris murid tingkatan peralihan dan satu dijemput ke Majlis Taklimat Waris yang akan diadakan pada 31 Disember 2012, bermula jam 8.30 pagi.



Rabu, 12 Disember 2012

Pengesahan Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Satu 2013

Assalamualaikum/salam 1M..Selamat datang kepada bakal-bakal murid SMK Jawi 2013.

Pengesahan Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Satu serta rayuan, bermula esok, 13/12/12 (Khamis), jam 8.30 pg hingga 4.00 ptg. (Waktu pejabat sahaja)

Penghantaran borang rayuan pertukaran selewat2nya 14/12/12, Jumaat jam 12.00 pm.

Harap Maklum..

Ahad, 7 Oktober 2012

Khamis, 4 Oktober 2012

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat PMR 2012

Pada 4 Oktober 2012, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena PMR 2012 yang akan bermula pada 9 Oktober ini. Semoga semua calon berjaya dalam PMR pada kali ini.











Rabu, 3 Oktober 2012

Lawatan Ke Balai Seni Lukis Negeri dan Muzium Negeri Pulau Pinang

Lawatan ke Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 26 Julai 2012, sempena pameran Ulang Tahun ke 48, Kumpulan Seni Lukis Guru-guru Negeri Pulau Pinang. Seramai 38 orang murid yang mengikuti lawatan tersebut yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 4 yang mengambil opsyen Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4





Sabtu, 23 Jun 2012

Gotong Royong Perdana 2012

23 Jun 2012, Sabtu, sekali lagi seluruh warga SMK Jawi bersungguh-sungguh menjayakan Program Gotong Royong Perdana Bagi Tahun 2012. Antara objektif aktiviti ini adalah bagi memastikan seluruh warga sekolah dapat berada dalam keadaan bersih, selamat, ceria dan kondusif di samping bekerjasama dalam satu pasukan dengan semangat cintakan sekolah. Semoga usaha ini dapat dihargai oleh seluruh warga sekolah terutama murid-murid SMK Jawi bagi mengekalkan suasana persekitaran yang bersih dan kondusif. 
Pihak SMK Jawi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program gotong royong kali ini, terutama guru, staf, pekerja, murid-murid dan juga pihak MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) yang telah menyumbang tenaga serta peralatan untuk gotong royong. Meskipun dalam suasana yang agak sedikit jerebu, aktivti telah dijalankan dengan jayanya. Berikut gambar-gambar berkaitan..

Sedang mendengar taklimat, sebahagian murid yang hadir, tahniah kerana hadir memberi sumbangan tenaga..

Kelas 5 USM, persekitaran pejabat membuang batu yang tidak diperlukan

5 USM bersama cikgu Suriati

5 UKM, 5 RJP membersihkan rumput di tapak perhimpunan

5 UKM, cikgu samsinah dan Azmayizah

Guru dan murid Pendidikan Khas

Rabu, 25 April 2012

Gotong Royong Keceriaan Kelas Tahun 2012

Sabtu, 21 April 2012, SMK Jawi telah mengadakan Gotong Royong Keceriaan Kelas. Selain daripada bertujuan menceria dan mengindahkan kelas agar berada dalam suasana kondusif, semangat kerjasama dalam satu pasukan juga dapat dilihat dari usaha ini. Kelas terceria telah dimenangi oleh 4 UPM, kedua ceria 5 UPM dan Ketiga 2 UIA. Kelas-kelas lain juga tidak kurang hebatnya. Semoga keceriaan kelas yang telah diusahakan oleh warga SMK Jawi  ini dapat diteruskan dan dikemaskini segala maklumat dari semasa ke semasa serta dijaga dengan baik..




1 UTM

Isnin, 19 Mac 2012

MESYUARAT PIBG KALI KE 10

Mesyuarat PIBG kali ke 10 SMK Jawi telah diadakan pada 3 Mac 2012 hari sabtu bertempat di Dewan Terbuka SMK Jawi.

Mesyuarat PIBG telah di rasmikan oleh PN. Tan Cheng Liang penyelaras kadun Jawi.