Sabtu, 23 Jun 2012

Gotong Royong Perdana 2012

23 Jun 2012, Sabtu, sekali lagi seluruh warga SMK Jawi bersungguh-sungguh menjayakan Program Gotong Royong Perdana Bagi Tahun 2012. Antara objektif aktiviti ini adalah bagi memastikan seluruh warga sekolah dapat berada dalam keadaan bersih, selamat, ceria dan kondusif di samping bekerjasama dalam satu pasukan dengan semangat cintakan sekolah. Semoga usaha ini dapat dihargai oleh seluruh warga sekolah terutama murid-murid SMK Jawi bagi mengekalkan suasana persekitaran yang bersih dan kondusif. 
Pihak SMK Jawi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program gotong royong kali ini, terutama guru, staf, pekerja, murid-murid dan juga pihak MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) yang telah menyumbang tenaga serta peralatan untuk gotong royong. Meskipun dalam suasana yang agak sedikit jerebu, aktivti telah dijalankan dengan jayanya. Berikut gambar-gambar berkaitan..

Sedang mendengar taklimat, sebahagian murid yang hadir, tahniah kerana hadir memberi sumbangan tenaga..

Kelas 5 USM, persekitaran pejabat membuang batu yang tidak diperlukan

5 USM bersama cikgu Suriati

5 UKM, 5 RJP membersihkan rumput di tapak perhimpunan

5 UKM, cikgu samsinah dan Azmayizah

Guru dan murid Pendidikan Khas


Pendidikan Khas

2 UIA, bergilir-gilir mengangkut dan membuang sampah

2 UTM di persekitaran gelanggang takraw

Sampah diangkut dan dibuang dalam tong besar

Aktiviti membuang sampah dibantu cikgu Alawi

Antara murid tingkatan 1 di sekitar padang

Suasana agak jerebu tidak melemahkan semangat mereka...

2 UMS sekitar jalan ruang hadapan sekolah

Aktiviti mengutip dan membuang sampah, 2 UMS bersama cikgu Wahab

1 UIA di sekitar pintu pagar dan tempat letak basikal bersama cikgu Azah

Pintu pagar

Membersihkan kekotoran sekitar pondok pengawal

Mengecat wakaf bagi menutupi lukisan-lukisan grafiti hasil daripada perbuatan vandalism

Sebahagian yang turut mengecat wakaf, 3 UMS

Sebagaian yang mengecat..

Cabut rumput.. 3 UUM

Aktiviti membuang semak samun

Ada pula longgokan sampah di tepi padang.. juga perlu di bersihkan, cikgu Azhani

Sekitar longkang gajah menyusur

Murid bersama guru-guru membersihkan kawasan tepi laluan

Cabut rumput di tepi longkang

Cikgu Munirah sekitar gajah menyusur

Bulatan.. 4 UKM

4 UKM sekitar bulatan SMKJ bersama cikgu Abedah

4 UKM

Perkarangan pejabat, kolam ikan

Sekitar kawasan tapak bendera

Perkarangan hadapan

Tong sampah MPSP

Membuang dahan-dahan pokok yang terlalu panjang

Membuang sampah ke dalam tong

Cikgu Azhani bersama muridnya

Aktiviti mengangkut dan membuang

5 UPM, sekitar kantin

Sekitar bahagian bengkel KH

Antara mereka yang bersungguh-sungguh, bersama cikgu Liew

Ayam serama yang dijaga oleh cikgu Govind serta kru-kru keceriaan

Tapak semaian, 3 UIA

Cabut rumput

Tapak semaian

Surau, 4 UPM, aktiviti mengecat

5 UPM, sekitar kantin

3 UTM belakang kantin bersama cikgu Widad

Mengangkut dan membuang batu-batu yang tidak diperlukan

Pasukan pekerja MPSP membantu menebang dahan pokok

Antara sumbangan MPSP.. 'terima kasih daun keladi..'

Kenderaan MPSP yang digunakan bagi memotong dan membuang dahan

2 UIA, sekitar bahagian belakang bengkel, cikgu Ku Azliana

Pengetua, En Ismail, bersama murid-murid 2 UMS mengangkut bangku batu yang pecah

Tapak perhimpunan yang hampir bersih, Peralihan, cikgu Sundarambal

'Wah bersihnya...' syabas kepada yang membantu

Ceria bergaya, melihat persekitaran yang bersih

Berehat setelah berpenat lelah

Ada lagi dalam longkang.. harus dikeluarkan

'Cerah' apabila dahan-dahan telah dipotong

Sekitar bangunan makmal, selepas aktiviti selesai

"Tahniah kepada semua yang terlibat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.