Khamis, 15 Oktober 2015

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Sempena PT3 dan SPM 2015

Majlis Bacaan Yaasin dan Motivasi Khas PT3 / SPM 2015. Terima kasih kpd YDP PIBG, En Othman, AJK PIBG dan para waris yang sudi hadir. Semua guru dan waris yg hadir turut memberi restu dan mendoakan semoga anak-anak SMK Jawi dpt menjalani peperiksaan PT3 dan SPM dengan tenang dan dipermudahkan.. Amin..

Sabtu, 12 September 2015

Jamuan Amal PPKI SMK Jawi 2015

Jamual Amal PPKI merupakan majlis julung kalinya diadakan atas usaha seluruh warga PPKI SMK Jawi dengan kerjasama PIBG bagi memungut dana. Majlis diadakan pada 12 September 2015 bertempat di Jawi Golf Resort. Majlis dirasmikan oleh Tn Norhashim Bin Hj Mahat, Tuan PPD Selatan. Turut hadir, pegawai PPD En Dziauddin, En Rizal, Tn Hj Bokhari, YDP PIBG, En Othman Hashim, Pn Fatimah GC Cemerlang PKhas selaku penceramah. Tahniah kepada semua yang menjayakan.

Jumaat, 14 Ogos 2015

Reunion SMK Jawi dan Majlis Hari Raya

Majlis perjumpaan reunion bekas pelajar SMK Jawi telah diadakan buat kali pertamanya pada hari Ahad, 9 Ogos 2015 di SMK Jawi dengan kerjasama PIBG. Majlis juga diadakan bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1436H... Tahniah kepada semua jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut... syabas kepada semua yang hadir. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Pulau Pinang, Tn Hj Ghazalli bin Abu Bakar.

Projek Penanaman Pokok Bakau

Sabtu lalu, PIBG SMK Jawi, Panitia Geografi, Panitia Sejarah dengan kerjasama PiFWA telah mengadakan Projek Penanaman Pokok Bakau senpena Bulan Kemerdekaan 2015 di Sungai Acheh, Nibong Tebal..

Jumaat, 13 Februari 2015

Kejohanan Merentas Desa SMKJ 2015

Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 13 Feb 2015, Jumaat lalu. Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua yang mengambil bahagian.

Isnin, 2 Februari 2015

Pelancaran Bulan Sahsiah 2015

Pelancaran Bulan Sahsiah telah di adakan pada 22hb Januari 2015, Isnin lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Supt Tn Wan Hassan Bin Wan Ahmad iaitu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan. Sempena Pelancaran Bulan Sahsiah juga, Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber serta Pelancaran Program Mentor Mentee juga turut diadakan.

Jumaat, 16 Januari 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan

Majlis penyerahan wang BKAP1M telah diadakan pada 16 Jan 2015, Jumaat lalu, oleh YB Dato Hj Zainal Abidin Bin Hj Othman. Semoga wang tersebut dapat meringankan bebanan para waris dalam mengeluarkan perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak.