Selasa, 31 Disember 2013

Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2014

Majlis Taklimat Waris bagi mengalu-alukan kehadiran murid-murid baru tingkatan 1 dan peralihan bagi tahun 2014 telah diadakan pada 31 Disember 2013, Selasa, pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Jawi. Majlis diadakan bertujuan untuk memperkenalkan waris selaku warga baru SMK Jawi kepada persekitaran sekolah serta mengenali warga guru-guru serta barisan pentadbir Smk Jawi. Para pelajar tingkatan 1 dan peralihan juga turut dibekalkan dengan bantuan buku teks pada hari tersebut..

Sabtu, 31 Ogos 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Jawi 2013 telah diadakan pada 24 Ogos 2013 iaitu pada hari Sabtu lepas bertempat di Dewan Serbaguna Jawi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Nor Hashim Bin Hj Mahat, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri, Pulau Pinang..

Jumaat, 19 Julai 2013

Kejohanan Balapan dan Padang SMKJ Kali ke 10 Tahun 2013

Kejohanan Balapan dan padang SMK Jawi kali ke 10, bagi tahun 2013 telah diadakan pada 29 Jun 2013. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar kejohanan.

Selasa, 25 Jun 2013

GOTONG ROYONG PERDANA

Aktiviti gotong royong telah diadakan pada 22 Jun 2013. Gotong royong diadakan bagi menyisih barang - barang yang tidak diperlukan dan mengemas bilik - bilik khas dan kawasan - kawasan sekitar blok akademik yang telah dikenalpasti. Aktiviti ini dijayakan oleh 10 orang pelajar bagi setiap persatuan dan kelab.








Rabu, 15 Mei 2013

Selamat Hari Guru

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Selasa, 30 April 2013

Perkhemahan Kokurikulum di Beris, Kedah

Pekhemahan kokurikum Smk Jawi bagi tahun 2013 telah diadakan pada 19 April hingga 21 April 2013 bertempat di Puncak Beris, Sik, Kedah.