Ahad, 15 Mei 2011

Majlis Perpisahan Pn Hamidah

 
SMK Jawi kehilangan sebutir lagi permata yang berharga pada 13 Mei, Jumaat lalu.. merupakan hari terakhir Pn Hamidah Che Meh bertugas di SMKJ. Pn Hamidah akan bertukar ke Maktab Perguruan Tuanku Bainun sebagai seorang pensyarah. Majlis perpisahan telah diadakan pada hari Khamis lalu. Memandangkan sekolah sedang manjalankan peperiksaan pertengahan tahun, majlis yang dilangsungkan hanya bersifat sederhana. Seluruh warga SMKJ mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang beliau bertugas di SMK Jawi, semoga pn Hamidah berjaya hendaknya walau di mana beliau berada.


kek pemberian Pn Hamidah kepada Kelab Staf

Tanda kenangan, pn Hamidah memberi hadiah kepada pengetua SMKJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.