Isnin, 10 Januari 2011

Majlis Perpisahan Pengetua

7 Jan 2011, satu majlis perpisahan bersama pengetua Pn Zaiton Bt Md Noor telah diadakan pada jam 10.40 pagi. Pn Zaiton telah yang bertukar ke SMK Sungai Acheh dan akan memulakan tugas mulai 10 Jan 2011. Pn Zaiton telah menerajui SMK Jawi sejak mula sekolah ini dibuka iaitu pada tahun 2002. Pn Zaiton adalah seorang  yang banyak berjasa kepada sekolah sepanjang beliau bertugas sebagai pengetua di SMK Jawi.

Majlis bermula dengan ucapan-ucapan dari wakil pelajar, wakil guru, wakil pentadbiran, NYDP PIBG dan ucapan Pn Zaiton sendiri. Selepas menerima hadiah-hadiah dari kelas-kelas sebagai tanda kenangan, Pn Zaiton berjabat tangan dengan semua warga sekolah dan diiringi ke kereta untuk lambaian perpisahan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.