Isnin, 4 Oktober 2010
PMR Menjelang Tiba!!! 5 OKT 2010
Kepada semua student Form 3 SMK Jawi serta seluruh pelajar Form 3 di Malaysia, Pihak SMK Jawi mengucapkan semoga berjaya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010 yang akan bermula pada 5 OKT 2010 ini..semoga anda memperolehi kejayaan di masa depan...Good Luck Again!!!...
Isnin, 28 Jun 2010
Majlis Konferensi Waris
Semua waris pelajar SMK Jawi dijemput untuk menghadiri :-
Majlis Konferensi Waris
Tarikh : 2 Julai 2010
Masa : 10.00 a.m
Majlis Konferensi Waris
Tarikh : 2 Julai 2010
Masa : 10.00 a.m
Isnin, 14 Jun 2010
Sekitar Mesyuarat Agung PIBG 2010
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8, 2010, telah diadakan pada 13Mac 2010, Sabtu di Dewan Terbuka SMK Jawi. Dato' Zainal Abidin Bin Haji Osman tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut, oleh yang demikian, mesyuarat telah dirasmikan oleh En Abu Bakar Bin Mohd Noor, iaitu Pegawai Khas kepada Dato' Zainal Abidin Bin Haji Osman.
Bekas YDP PIBG SMKJ, En Hashim Bin Chik, sedang menyampaikan cenderahati kepada perasmi
Barisan jawatankuasa PIBG 2009
Pengetua menyampaikan ucapan
Para tetamu VIP yang hadir
Pendaftaran
Para tetamu yang hadir
Guru yang ditugaskan untuk mencatat
Para tetamu yang hadir
Para tetamu yang hadir
Pasukan kompang dan bunga manggar menanti ketibaan perasmi
Jumaat, 11 Jun 2010
Keputusan SPM SMKJ 2009
Tahniah kepada semua calon SPM yang berjaya. Peratus lulus SPM 2009 iaitu 71.76 %. 6 subjek mendapat 100 % lulus, iaitu Fizik, EST, Tasawur Islam, Bahasa tamil, Kesusasteraan Tamil dan Hiasan Dalaman Asas. Pelajar terbaik Muhammad Nur Imran Bin Mohd Wazir memperolehi 9A (3A+ dan 6A). Tahniah..
Calon yang berjaya tersenyum gembira
Pn Hamidah sedang menyerahkan keputusan kepada calon SPM kelasnya
Jumaat, 12 Mac 2010
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
10 Mac 2010, Rabu, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah telah diadakan pada 7.40 pagi hingga 10.30 pagi. Acara yang diadakan ialah perarakan dan bersalawat ke atas nabi, ceramah Maulidur Rasul dan pertandingan kain rentang. Semua warga Islam SMK Jawi terlibat dalam perarakan dari kawasan sekolah melalui Taman Desa Jawi dan balik ke sekolah. setibanya di sekolah pula warga SMK Jawi dihidangkan dengan ceramah.
berbaris sebelum memulakan perarakan
Langgan:
Catatan (Atom)