Mesyuarat agung PIBG sesi 2013/2014 telah diadakan pada 16 Mac 2013 jam 2.30 ptg lalu. Mesyuarat dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Jawi iaitu Dr Amir Yazid Bin Ali.
Rabu, 10 April 2013
Sekitar Kejohanan Merentas Desa 2013
Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 16 Mac 2013. Berikut gambar-gambar sekitar acara merentas desa.
Rabu, 6 Mac 2013
Sabtu, 23 Februari 2013
LDP FROG VLE
Pada 23 Februari 2013, Sabtu. Kursus LDP Frog VLE telah diadakan kepada guru-guru SMK Jawi di makmal komputer SMK Jawi. Kursus selama 6 jam ini telah dikelolakan oleh cikgu Nor Azah dengan dibantu oleh cikgu Ariffuddin. Walaupun mempunyai sedikit masalah mengakses internet, namun guru2 SMK Jawi dapat menimba ilmu Frog VLE ini semaksimum mungkin dan semoga selepas ini seluruh warga SMK Jawi dapat menggunakan sistem ini dengan jayanya...
Jumaat, 22 Februari 2013
Tahniah Pasukan Sepak Takraw Sekolah
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Pasukan Sepak Takraw Sekolah atas kejayaan merangkul Naib Johan Kejohanan Sepak Takraw MSSPP 2013 Peringkat Zon Nibong Tebal. Semoga kejayaan anda semua menjadi pembuka tirai kepada kejayaan sukan-sukan lain seterusnya mengharumkan nama sekolah. Tahniah.
| Pasukan 15 tahun ke bawah. |
![]() |
| Regangan |
Rabu, 30 Januari 2013
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2013
Majlis perarakan dan ceramah ini telah berlansung pada 25 Januari 2013 sempena dengan kelahiran nabi pada 24 Januari 2013. Semua pelajar islam terlibat dalam majlis ini disertakan dengan ceramah oleh Ustaz Izzat Hambali.
Sabtu, 26 Januari 2013
Majlis Taklimat Waris Pendidikan Asas Vokasional 2013
Majlis ini diadakan pada 9 Januari 2013, jam 9.00 pagi, khasnya kepada waris murid Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang mula beroperasi untuk satu kelas tingkatan satu 2013. Kelas PAV di SMK Jawi ini pengkhususannya ialah Membuat Pakaian Wanita.
Langgan:
Catatan (Atom)









