Khamis, 6 Februari 2014

Majlis Perpisahan Pengetua

Pada 6 Feb 2014, Khamis, Majlis perpisahan dengan Tuan Pengetua, En Ismail bin Mohd Said, telah diadakan dengan serba  sederhana. Tuan pengetua telah berkhidmat di SMK Jawi sejak tahun 2011 sehingga Januari 2014. Terima kasih tidak terhingga di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Beliau seterusnya akan berkhidmat di SMK Mutiara Impian. Terima kasih juga diucapkan kepada tetamu khas dari PDRM, IPD Jawi, Pegawai Perhubungan Sekolah, Tuan Inspektor Suffian Abdul Kader, Sarjan Jamil dan Sarjan Sabri yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.



Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia Tahun 2014

Majlis telah diadakan pada 28 Januari 2014. Selain majlis penyerahan bantuan, sekolah juga mengadakan sesi Taklimat PPMR 2014 kepada semua waris murid tingkatan 3..



















Kursus Dalam Perkhidmatan

LDP pertama bagi tahun 2014, dilaksanakan pada 25 Januari 2014 (Sabtu). Antara pengisian kursus ialah ITHINK, FrogVLE, Taklimat Keselamatan dan Kebakaran.






Khamis, 16 Januari 2014

Ceramah Gejala Sosial dan Hukuman Penjara

Pada tanggal 16 Januari 2014, bagi memulakan sesi 2014, SMK Jawi membuka tirai dengan menjemput pihak Penjara Pulau Pinang bagi menyampaikan ceramah Gejala Sosial dan Hukuman Penjara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa PPDA, Unit Disiplin serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Jawi. Pihak SMK Jawi amat berbesar hati di atas kesudian Pihak Penjara Pulau Pinang bagi menyampaikan ceramah.

Selasa, 31 Disember 2013

Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2014

Majlis Taklimat Waris bagi mengalu-alukan kehadiran murid-murid baru tingkatan 1 dan peralihan bagi tahun 2014 telah diadakan pada 31 Disember 2013, Selasa, pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Jawi. Majlis diadakan bertujuan untuk memperkenalkan waris selaku warga baru SMK Jawi kepada persekitaran sekolah serta mengenali warga guru-guru serta barisan pentadbir Smk Jawi. Para pelajar tingkatan 1 dan peralihan juga turut dibekalkan dengan bantuan buku teks pada hari tersebut..

Sabtu, 31 Ogos 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Jawi 2013 telah diadakan pada 24 Ogos 2013 iaitu pada hari Sabtu lepas bertempat di Dewan Serbaguna Jawi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Nor Hashim Bin Hj Mahat, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri, Pulau Pinang..