Diadakan pada 25 April hingga 27 April di Yan Kedah
Jumaat, 25 April 2014
Isnin, 17 Mac 2014
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 12 Tahun 2014
Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 8 Mac 2014, Sabtu lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Dato' Hj. Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin. Selain merasmikan mesyuarat agung, Dato' juga turut merasmikan Galeri PAV (Pendidikan Asas Vokasional). Turut hadir pada hari tersebut bagi menyerikan lagi majlis tersebut ialah Tuan PPD Selatan, Encik Mohd Ghazali bin Abu Bakar serta pegwai-pegawai PPD. Tahniah diucapkan kepada YDP PIBG, En Osman Bin Hashim, serta ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik bagi sesi 2014/2015. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.
Sabtu, 1 Mac 2014
Kejohanan Merentas Desa SMK Jawi kali ke 11 Tahun 2014
Alhamdulillah.. Kejohanan Merentas Desa SMK Jawi kali ke 11 telah di adakan pada 28 Feb 2014, Jumaat lalu. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini terutama sekali pasukan PDRM yang terlibat secara langsung dalam membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan murid-murid SMK Jawi.
Selasa, 25 Februari 2014
Final Sepak Takraw 15TKB Jawi lwn Sg.Acheh
Kejohanan Sukan Sepak Takraw MSSPP Zon Nibong Tebal 2014
Kategori antara Regu 15TKB
Peringkat Akhir
Kategori antara Regu 15TKB
Peringkat Akhir
Khamis, 6 Februari 2014
Majlis Perpisahan Pengetua
Pada 6 Feb 2014, Khamis, Majlis perpisahan dengan Tuan Pengetua, En Ismail bin Mohd Said, telah diadakan dengan serba sederhana. Tuan pengetua telah berkhidmat di SMK Jawi sejak tahun 2011 sehingga Januari 2014. Terima kasih tidak terhingga di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Beliau seterusnya akan berkhidmat di SMK Mutiara Impian. Terima kasih juga diucapkan kepada tetamu khas dari PDRM, IPD Jawi, Pegawai Perhubungan Sekolah, Tuan Inspektor Suffian Abdul Kader, Sarjan Jamil dan Sarjan Sabri yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia Tahun 2014
Majlis telah diadakan pada 28 Januari 2014. Selain majlis penyerahan bantuan, sekolah juga mengadakan sesi Taklimat PPMR 2014 kepada semua waris murid tingkatan 3..
Kursus Dalam Perkhidmatan
LDP pertama bagi tahun 2014, dilaksanakan pada 25 Januari 2014 (Sabtu). Antara pengisian kursus ialah ITHINK, FrogVLE, Taklimat Keselamatan dan Kebakaran.
Khamis, 16 Januari 2014
Ceramah Gejala Sosial dan Hukuman Penjara
Pada tanggal 16 Januari 2014, bagi memulakan sesi 2014, SMK Jawi membuka tirai dengan menjemput pihak Penjara Pulau Pinang bagi menyampaikan ceramah Gejala Sosial dan Hukuman Penjara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa PPDA, Unit Disiplin serta Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Jawi. Pihak SMK Jawi amat berbesar hati di atas kesudian Pihak Penjara Pulau Pinang bagi menyampaikan ceramah.
Langgan:
Catatan (Atom)




