Pada 4 Oktober 2012, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena PMR 2012 yang akan bermula pada 9 Oktober ini. Semoga semua calon berjaya dalam PMR pada kali ini.
Khamis, 4 Oktober 2012
Rabu, 3 Oktober 2012
Lawatan Ke Balai Seni Lukis Negeri dan Muzium Negeri Pulau Pinang
Lawatan ke Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 26 Julai 2012, sempena pameran Ulang Tahun ke 48, Kumpulan Seni Lukis Guru-guru Negeri Pulau Pinang. Seramai 38 orang murid yang mengikuti lawatan tersebut yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 4 yang mengambil opsyen Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4
Selasa, 25 September 2012
Sabtu, 23 Jun 2012
Gotong Royong Perdana 2012
23 Jun 2012, Sabtu, sekali lagi seluruh warga SMK Jawi bersungguh-sungguh menjayakan Program Gotong Royong Perdana Bagi Tahun 2012. Antara objektif aktiviti ini adalah bagi memastikan seluruh warga sekolah dapat berada dalam keadaan bersih, selamat, ceria dan kondusif di samping bekerjasama dalam satu pasukan dengan semangat cintakan sekolah. Semoga usaha ini dapat dihargai oleh seluruh warga sekolah terutama murid-murid SMK Jawi bagi mengekalkan suasana persekitaran yang bersih dan kondusif.
Pihak SMK Jawi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program gotong royong kali ini, terutama guru, staf, pekerja, murid-murid dan juga pihak MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) yang telah menyumbang tenaga serta peralatan untuk gotong royong. Meskipun dalam suasana yang agak sedikit jerebu, aktivti telah dijalankan dengan jayanya. Berikut gambar-gambar berkaitan..
Sedang mendengar taklimat, sebahagian murid yang hadir, tahniah kerana hadir memberi sumbangan tenaga..
Kelas 5 USM, persekitaran pejabat membuang batu yang tidak diperlukan
5 USM bersama cikgu Suriati
5 UKM, 5 RJP membersihkan rumput di tapak perhimpunan
5 UKM, cikgu samsinah dan Azmayizah
Guru dan murid Pendidikan Khas
Rabu, 25 April 2012
Gotong Royong Keceriaan Kelas Tahun 2012
Sabtu, 21 April 2012, SMK Jawi telah mengadakan Gotong Royong Keceriaan Kelas. Selain daripada bertujuan menceria dan mengindahkan kelas agar berada dalam suasana kondusif, semangat kerjasama dalam satu pasukan juga dapat dilihat dari usaha ini. Kelas terceria telah dimenangi oleh 4 UPM, kedua ceria 5 UPM dan Ketiga 2 UIA. Kelas-kelas lain juga tidak kurang hebatnya. Semoga keceriaan kelas yang telah diusahakan oleh warga SMK Jawi ini dapat diteruskan dan dikemaskini segala maklumat dari semasa ke semasa serta dijaga dengan baik..
![]() |
| 1 UTM |
Isnin, 19 Mac 2012
MESYUARAT PIBG KALI KE 10
Mesyuarat PIBG kali ke 10 SMK Jawi telah diadakan pada 3 Mac 2012 hari sabtu bertempat di Dewan Terbuka SMK Jawi.
Mesyuarat PIBG telah di rasmikan oleh PN. Tan Cheng Liang penyelaras kadun Jawi.
Mesyuarat PIBG telah di rasmikan oleh PN. Tan Cheng Liang penyelaras kadun Jawi.
Selasa, 6 Mac 2012
MERENTAS DESA 2012
Kejohanan merentas desa SMK Jawi telah dijalankan pada hari sabtu 3 Mac 2012. Hari berkenaan merupakan hari ganti persekolahan bagi Tahun Baru Cina.
Larian dilepaskan oleh Pn Zawiyah Yusoff bagi perempuan dan En. Ismail Mohd Said, Pengetua SMK Jawi bagi Lelaki.
Larian dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Larian bermula dari SMK Jawi ke Taman Desa Jawi seterusnya Taman Jawi Jaya dan kembali semula ke SMK Jawi.
Sabtu, 14 Januari 2012
SMK Jawi kehilangan lagi beberapa butir permata
SMK Jawi memulakan awal persekolahan bagi tahun 2012 dengan penuh syahdu atas perpisahan beberapa orang guru yang bertukar sekolah. Antara guru yang berpindah ialah En Fauzi Mohamad, Pn Asilah, En Che Shukri Che Yunus, Pn Azmira Othman dan yang terakhir sekali En Azmi Othman, Penolong Kanan Pentadbiran yang telah berkhidmat di SMK Jawi sejak lebih dari 10 tahun. Iaitu sejak SMK Jawi mula-mula dibangunkan pada tahun 2002. Majlis perpisahan diadakan pada hari Jumaat, 13 Jan 2012 dengan kehadiran beberapa orang bekas guru yang dapat hadir.
Seluruh warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah dicurahkan dan semoga maju jaya di tempat baru di samping rakan-rakan yang baru. Dalam pada itu SMK Jawi juga mengalu-alukan kedatangan guru-guru yang berpindah masuk ke SMKJ serta penolong kanan pentadbiran yang baru.
Langgan:
Catatan (Atom)




































