Penyerahan wang Kwapm telah diadakan pada 26 September 2014, Jumaat lalu di mana seramai 19 orang murid telah menerima bantuan.
Jumaat, 26 September 2014
Rabu, 24 September 2014
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 24 September 2014 dengan penuh meriah. Antara persembahan yang diadakan seperti sajak guru-guru SMK Jawi, persembahan pidato dan skipping oleh pelajar. YDP Pibg En Osman Hashim juga turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan ucapan perasmian penutup.
Sabtu, 13 September 2014
Latihan Dalam Perkhidmatan Protokol dan Etiket
Rabu, 10 September 2014
Kawad Kecemasan
Latihan Kawad Kecemasan telah diadakan pada 10 September 2014, Rabu lalu dengan kerjasama pihak Bomba Nibong Tebal yang telah hadir bagi memberi ceramah dan juga demo kebakaran. Semoga memberi manfaat kepada warga SMK Jawi
Selasa, 22 Julai 2014
Majlis Berbuka Puasa
Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Qiamulail melibatkan semua pelajar tingkatan 5 telah diadakan pada 22 Julai 2014. YDP PIBG juga turut hadir bagi menyampaikan ucapan kepada pelajar. Sebelum berbuka pelajar disajikan dengan ceramah agama.
Sabtu, 28 Jun 2014
Kejohanan Balapan dan Padang 2014
28 Jun 2014 telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Jawi kali ke 11, 2014 yang dirasmikan oleh En Othman Bin Mohd Rajab, penolong PPD Pengurusan Sekolah. Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran Alumni SMK Jawi. Terima kasih kepada semua yang terlibat!
Sabtu, 21 Jun 2014
Program Semarak Kasih
Program Semarak Kasih bagi membincangkan prestasi murid bersama guru telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Jun 2014 mulai jam 10.00 pagi bagi murid tingkatan Peralihan, 1, 2 & 4 bertempat di SMK Jawi. Manakala murid tingkatan 3 & 5 bermula jam 8.00 pagi di Dewan Seminar, Pejabat Pelajaran Daerah, SPS. Selain perbincangan prestasi murid, mereka juga disajikan dengan ceramah motivasi yang disampaikan sendiri oleh tuan pengetua SMK Jawi, Pn Hajah Fathiyah Bt Abu Bakar bergandingan bersama Tn Haji Bukhari.
Jumaat, 23 Mei 2014
Perkhemahan Koko di Gunung Jerai
23 Mei 2014, Perkhemahan kokurikulum diadakan selama 3 hari 2 malam oleh unit Kokurikulum SMK Jawi, di Hutan Lipur sungai Teroi, Gunung Jerai, Kedah.
Rabu, 7 Mei 2014
Syabas Pasukan Hoki SMK Jawi
Keputusan Pertandingan Hoki MSSPP Daerah Seberang Perai Selatan 2014
SMK JAWI
VS SRI NBONG =1-0
VS KOLEJ VOK SBRG PERAI =2-0
VS TUNKU ABD RAHMAN 0-0
VS BUKIT MERTAJAM 1-0
JOHAN KUMP A...DAERAH SEB PRAI SELATAN...
VS SRI NBONG =1-0
VS KOLEJ VOK SBRG PERAI =2-0
VS TUNKU ABD RAHMAN 0-0
VS BUKIT MERTAJAM 1-0
JOHAN KUMP A...DAERAH SEB PRAI SELATAN...
VS BM HIGH SCHOOL 4-3
VS BUKIT MERTAJAM 3-2..
VS BUKIT MERTAJAM 3-2..
Syabas!! SMK JAWI
JOHAN PERINGKAT ZON..
MGGU DEPAN PERINGKAT NEGERI
MGGU DEPAN PERINGKAT NEGERI
.....ALHAMDULILLAH.....
terima kasih kepada semua krn mendoakan kejayaan kami...
terima kasih kepada semua krn mendoakan kejayaan kami...
Langgan:
Catatan (Atom)


.jpg)















