Pada 23 Februari 2013, Sabtu. Kursus LDP Frog VLE telah diadakan kepada guru-guru SMK Jawi di makmal komputer SMK Jawi. Kursus selama 6 jam ini telah dikelolakan oleh cikgu Nor Azah dengan dibantu oleh cikgu Ariffuddin. Walaupun mempunyai sedikit masalah mengakses internet, namun guru2 SMK Jawi dapat menimba ilmu Frog VLE ini semaksimum mungkin dan semoga selepas ini seluruh warga SMK Jawi dapat menggunakan sistem ini dengan jayanya...
Sabtu, 23 Februari 2013
Jumaat, 22 Februari 2013
Tahniah Pasukan Sepak Takraw Sekolah
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Pasukan Sepak Takraw Sekolah atas kejayaan merangkul Naib Johan Kejohanan Sepak Takraw MSSPP 2013 Peringkat Zon Nibong Tebal. Semoga kejayaan anda semua menjadi pembuka tirai kepada kejayaan sukan-sukan lain seterusnya mengharumkan nama sekolah. Tahniah.
| Pasukan 15 tahun ke bawah. |
![]() |
| Regangan |
Rabu, 30 Januari 2013
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2013
Majlis perarakan dan ceramah ini telah berlansung pada 25 Januari 2013 sempena dengan kelahiran nabi pada 24 Januari 2013. Semua pelajar islam terlibat dalam majlis ini disertakan dengan ceramah oleh Ustaz Izzat Hambali.
Sabtu, 26 Januari 2013
Majlis Taklimat Waris Pendidikan Asas Vokasional 2013
Majlis ini diadakan pada 9 Januari 2013, jam 9.00 pagi, khasnya kepada waris murid Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang mula beroperasi untuk satu kelas tingkatan satu 2013. Kelas PAV di SMK Jawi ini pengkhususannya ialah Membuat Pakaian Wanita.
Isnin, 21 Januari 2013
MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013
Pada 17 Januari 2013, YBhg. Dato' Zainal Abidin serta isteri beliau Datin Siti Nur Syafiqa dan juga Pn. Tan Cheng Liang telah menyerahkan wang bantuan khas awal persekolahan kepada semua waris pelajar di SMK JAWI. Ianya telah disempurnakan dari jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Selain itu juga, Tuan PPD SPS dan Tuan Pengetua SMK JAWI turut serta dalam majlis penyerahan tersebut. Semoga dengan penyerahan wang bantuan ini dapat meringankan beban para waris dalam memberi pelajaran pada anak mereka.
Rabu, 19 Disember 2012
Keputusan PMR 2012
19 Dis 2012, Rabu, Tahniah diucapkan kepada murid SMK Jawi yang cemerlang dalam PMR 2012. Seramai 2 orang yang berjaya memperolehi keputusan semua A iaitu adik Nurin Nissa dan adik Kartigen dari tingkatan 3 UIA. Tahniah juga kepada semua murid yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan yang berjaya mencapai target yang dikehendaki. Tidak lupa penghargaan kepada guru-guru dan ibu bapa yang telah berusaha bertungkus lumus dalam membimbing serta memberi sokongan moral kepada anak-anak kita ini. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada kejayaan-kejayaan yang seterusnya. Kepada yang kurang bernasib baik, janganlah berputus ada kerana kegagalan ini bukanlah bererti satu nokhtah kepada kehidupan, malah bangkitlah berusaha di samping berdoa dan yakin kepada Yang Esa agar beroleh kejayaan kelak di dunia dan juga di akhirat hendaknya...
Adik Nurin Nissa 8A's Tahniah!
Adik Kartigen 8A's Tahniah!
Pengesahan Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Satu Tahun 2013
Pengesahan pendaftaran telah diadakan pada 13 Disember 2012 (Khamis). Terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat. Bagi urusan rayuan pertukaran, keputusan akan dikeluarkan di pejabat SMK Jawi pada 26 Disember 2012. Para waris murid tingkatan peralihan dan satu dijemput ke Majlis Taklimat Waris yang akan diadakan pada 31 Disember 2012, bermula jam 8.30 pagi.
Rabu, 12 Disember 2012
Pengesahan Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Satu 2013
Assalamualaikum/salam 1M..Selamat datang kepada bakal-bakal murid SMK Jawi 2013.
Pengesahan Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Satu serta rayuan, bermula esok, 13/12/12 (Khamis), jam 8.30 pg hingga 4.00 ptg. (Waktu pejabat sahaja)
Penghantaran borang rayuan pertukaran selewat2nya 14/12/12, Jumaat jam 12.00 pm.
Harap Maklum..
Sabtu, 3 November 2012
Ahad, 7 Oktober 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
















