Majlis penyerahan wang BKAP1M telah diadakan pada 16 Jan 2015, Jumaat lalu, oleh YB Dato Hj Zainal Abidin Bin Hj Othman. Semoga wang tersebut dapat meringankan bebanan para waris dalam mengeluarkan perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak.
Jumaat, 16 Januari 2015
Rabu, 24 Disember 2014
Sekitar Hari Keputusan PT3
Keputusan PT3 telah dikeluarkan pada 23 Disember 2014, Selasa lalu.
Berikut gambar-gambar sekitar sesi pengambilan keputusan PT3 2014 di SMK Jawi.
Isnin, 15 Disember 2014
Pengesahan Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan 2015
Isnin, 15 Disember 2014. Seramai 119 orang murid tingkatan 1 dan 28 orang murid peralihan membuat pengesahan pendaftaran bagi sesi 2015, bermula pada jam 9.00 pg hingga 3.00 petang. .Berikut gambar-gambar sekitar aktiviti tersebut.
Sabtu, 11 Oktober 2014
Jumaat, 26 September 2014
Penyerahan Wang Kwapm II Tahun 2014
Penyerahan wang Kwapm telah diadakan pada 26 September 2014, Jumaat lalu di mana seramai 19 orang murid telah menerima bantuan.
Rabu, 24 September 2014
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 24 September 2014 dengan penuh meriah. Antara persembahan yang diadakan seperti sajak guru-guru SMK Jawi, persembahan pidato dan skipping oleh pelajar. YDP Pibg En Osman Hashim juga turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan ucapan perasmian penutup.
Sabtu, 13 September 2014
Latihan Dalam Perkhidmatan Protokol dan Etiket
Rabu, 10 September 2014
Kawad Kecemasan
Latihan Kawad Kecemasan telah diadakan pada 10 September 2014, Rabu lalu dengan kerjasama pihak Bomba Nibong Tebal yang telah hadir bagi memberi ceramah dan juga demo kebakaran. Semoga memberi manfaat kepada warga SMK Jawi
Selasa, 22 Julai 2014
Majlis Berbuka Puasa
Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih dan Qiamulail melibatkan semua pelajar tingkatan 5 telah diadakan pada 22 Julai 2014. YDP PIBG juga turut hadir bagi menyampaikan ucapan kepada pelajar. Sebelum berbuka pelajar disajikan dengan ceramah agama.
Sabtu, 28 Jun 2014
Kejohanan Balapan dan Padang 2014
28 Jun 2014 telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Jawi kali ke 11, 2014 yang dirasmikan oleh En Othman Bin Mohd Rajab, penolong PPD Pengurusan Sekolah. Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran Alumni SMK Jawi. Terima kasih kepada semua yang terlibat!
Langgan:
Catatan (Atom)




.jpg)








