Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 13 Feb 2015, Jumaat lalu. Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua yang mengambil bahagian.
Jumaat, 13 Februari 2015
Isnin, 2 Februari 2015
Pelancaran Bulan Sahsiah 2015
Pelancaran Bulan Sahsiah telah di adakan pada 22hb Januari 2015, Isnin lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Supt Tn Wan Hassan Bin Wan Ahmad iaitu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan. Sempena Pelancaran Bulan Sahsiah juga, Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber serta Pelancaran Program Mentor Mentee juga turut diadakan.
Jumaat, 16 Januari 2015
Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan
Majlis penyerahan wang BKAP1M telah diadakan pada 16 Jan 2015, Jumaat lalu, oleh YB Dato Hj Zainal Abidin Bin Hj Othman. Semoga wang tersebut dapat meringankan bebanan para waris dalam mengeluarkan perbelanjaan persediaan persekolahan anak-anak.
Rabu, 24 Disember 2014
Sekitar Hari Keputusan PT3
Keputusan PT3 telah dikeluarkan pada 23 Disember 2014, Selasa lalu.
Berikut gambar-gambar sekitar sesi pengambilan keputusan PT3 2014 di SMK Jawi.
Isnin, 15 Disember 2014
Pengesahan Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan 2015
Isnin, 15 Disember 2014. Seramai 119 orang murid tingkatan 1 dan 28 orang murid peralihan membuat pengesahan pendaftaran bagi sesi 2015, bermula pada jam 9.00 pg hingga 3.00 petang. .Berikut gambar-gambar sekitar aktiviti tersebut.
Sabtu, 11 Oktober 2014
Jumaat, 26 September 2014
Penyerahan Wang Kwapm II Tahun 2014
Penyerahan wang Kwapm telah diadakan pada 26 September 2014, Jumaat lalu di mana seramai 19 orang murid telah menerima bantuan.
Rabu, 24 September 2014
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 24 September 2014 dengan penuh meriah. Antara persembahan yang diadakan seperti sajak guru-guru SMK Jawi, persembahan pidato dan skipping oleh pelajar. YDP Pibg En Osman Hashim juga turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan ucapan perasmian penutup.
Sabtu, 13 September 2014
Latihan Dalam Perkhidmatan Protokol dan Etiket
Rabu, 10 September 2014
Kawad Kecemasan
Latihan Kawad Kecemasan telah diadakan pada 10 September 2014, Rabu lalu dengan kerjasama pihak Bomba Nibong Tebal yang telah hadir bagi memberi ceramah dan juga demo kebakaran. Semoga memberi manfaat kepada warga SMK Jawi
Langgan:
Catatan (Atom)





.jpg)

