Ahad, 20 Februari 2011
Sabtu, 19 Februari 2011
Program Konferensi Waris 1 2011(21 Januari 11)
Pertemuan antara guru kelas dan ibubapa pelajar dilakukan pada waktu ini. Berbagai ragam yang dipersembahkan oleh pelajar,ibubapa dan guru kelas terbabit..Saksikan.



Jumaat, 18 Februari 2011
Aktiviti Ko-Kurikulum Sepanjang Januari 2011
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 (6 & 7 JANUARI 2011)
Pelajar yang baru memasuki tingkatan 1 perlu menjalani program ini. Program ini dijalankan untuk memberitahu serba sedikit tentang perjalanan untuk memasuki alam sekolah menengah serta memberi motivasi pada para pelajar. Gambar dibawah menunjukkan para pelajar sedang mengikut program orientasi yang dijalankan di SMK Jawi ini.
Khamis, 10 Februari 2011
PROGRAM SUAIKENAL TINGKATAN 4 (3 - 4 JANUARI 2011)
Program yang dijalankan bertujuan untuk mendedahkan pada pelajar tentang opsyen-opsyen yang boleh di pilih semasa di tingkatan 4. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti semasa pelajarn mengikut program suaikenal.

Isnin, 10 Januari 2011
Perhimpunan Rasmi Pertama SMKJ 2011 Dengan Pengetua Baru
Majlis Perpisahan Pengetua
7 Jan 2011, satu majlis perpisahan bersama pengetua Pn Zaiton Bt Md Noor telah diadakan pada jam 10.40 pagi. Pn Zaiton telah yang bertukar ke SMK Sungai Acheh dan akan memulakan tugas mulai 10 Jan 2011. Pn Zaiton telah menerajui SMK Jawi sejak mula sekolah ini dibuka iaitu pada tahun 2002. Pn Zaiton adalah seorang yang banyak berjasa kepada sekolah sepanjang beliau bertugas sebagai pengetua di SMK Jawi.
Majlis bermula dengan ucapan-ucapan dari wakil pelajar, wakil guru, wakil pentadbiran, NYDP PIBG dan ucapan Pn Zaiton sendiri. Selepas menerima hadiah-hadiah dari kelas-kelas sebagai tanda kenangan, Pn Zaiton berjabat tangan dengan semua warga sekolah dan diiringi ke kereta untuk lambaian perpisahan.
Majlis bermula dengan ucapan-ucapan dari wakil pelajar, wakil guru, wakil pentadbiran, NYDP PIBG dan ucapan Pn Zaiton sendiri. Selepas menerima hadiah-hadiah dari kelas-kelas sebagai tanda kenangan, Pn Zaiton berjabat tangan dengan semua warga sekolah dan diiringi ke kereta untuk lambaian perpisahan.
Khamis, 6 Januari 2011
Sekitar Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1&P 2011
30 Disember 2010, SMKJ telah mengadakan Majlis Taklimat Waris kepada waris-waris dan murid baru SMKJ tingkatan 1 dan Peralihan, majlis bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Para waris telah diberi taklimat oleh pengetua iaitu Pn Zaiton Bt Md Noor, ucapan oleh YDP PIBG iaitu En Amir Yazid bin Ali, taklimat kokurikulum oleh PK Kokurikulum Pn Wan Faezah Bt Megat Noordin dan taklimat disiplin oleh En Shukri B Che Yunus. Manakala murid-murid peralihan dan tingkatan 1 telah diagihkan ikut kelas dan diberi taklimat oleh guru kelas masing-masing dan penyerahan SPBT. Berikut gambar-gambar sekitar majlis tersebut.
Khamis, 30 Disember 2010
Pengumuman
Gotong Royong Buka Sekolah yang telah dirancang pada 31.12.2010 dibatalkan kerana telah diumumkan esok kita CUTI UMUM sempena kemenangan pasukan Bola Sepak Malaysia Piala AFC Suzuki. Walaubagaimana pun penjualan bearang-barang koperasi dan penyerahan SPBT tetap dijalankan sperti yang telah dijadualkan. Harap maklum...Selamat Menyambut Tahun Baru 2011..
Langgan:
Catatan (Atom)





