Isnin, 10 Januari 2011

Majlis Perpisahan Pengetua

7 Jan 2011, satu majlis perpisahan bersama pengetua Pn Zaiton Bt Md Noor telah diadakan pada jam 10.40 pagi. Pn Zaiton telah yang bertukar ke SMK Sungai Acheh dan akan memulakan tugas mulai 10 Jan 2011. Pn Zaiton telah menerajui SMK Jawi sejak mula sekolah ini dibuka iaitu pada tahun 2002. Pn Zaiton adalah seorang  yang banyak berjasa kepada sekolah sepanjang beliau bertugas sebagai pengetua di SMK Jawi.

Majlis bermula dengan ucapan-ucapan dari wakil pelajar, wakil guru, wakil pentadbiran, NYDP PIBG dan ucapan Pn Zaiton sendiri. Selepas menerima hadiah-hadiah dari kelas-kelas sebagai tanda kenangan, Pn Zaiton berjabat tangan dengan semua warga sekolah dan diiringi ke kereta untuk lambaian perpisahan.




Khamis, 6 Januari 2011

Sekitar Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1&P 2011

30 Disember 2010, SMKJ telah mengadakan Majlis Taklimat Waris kepada waris-waris dan murid baru SMKJ tingkatan 1 dan Peralihan, majlis bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Para waris telah diberi taklimat oleh pengetua iaitu Pn Zaiton Bt Md Noor, ucapan oleh YDP PIBG iaitu En Amir Yazid bin Ali, taklimat kokurikulum oleh PK Kokurikulum Pn Wan Faezah Bt Megat Noordin dan taklimat disiplin oleh En Shukri B Che Yunus. Manakala murid-murid peralihan dan tingkatan 1 telah diagihkan ikut kelas dan diberi taklimat oleh guru kelas masing-masing dan penyerahan SPBT. Berikut gambar-gambar sekitar majlis tersebut.


Khamis, 30 Disember 2010

Pengumuman

Gotong Royong Buka Sekolah yang telah dirancang pada 31.12.2010 dibatalkan kerana telah diumumkan esok kita CUTI UMUM sempena kemenangan pasukan Bola Sepak Malaysia Piala AFC Suzuki. Walaubagaimana pun penjualan bearang-barang koperasi dan penyerahan SPBT tetap dijalankan sperti yang telah dijadualkan. Harap maklum...Selamat Menyambut Tahun Baru 2011..

Isnin, 27 Disember 2010

Tahniah Murid SMKJ Yang Berjaya Dalam PMR 2010

23 Disember 2010, Keputusan PMR yang lalu telah diumumkan dan SMKJ mampu mengukir senyuman kegembiraan dengan kemampuan 2 orang pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' iaitu Ahmad Danial Bin Abdul Ghafar dan Farah Izzati Bt Ahmad Yani. Manakala yang mendapat 6A ialah Muhd Asnawi Rusydi b Ahmad Sibi dan Sayed Muhd Amar Ikhmal Bin Sayed Abdul Razak. Yang mendapat 5A pula ialah Muhamad Amirul Afiq B Jesmin, Muhamad Safwan Bin Mohamad Fakharurazi dan Najihah Bt Mohd Asri. Berikut gambar-gambar rakaman kegembiraan mereka yang berjaya. Yang tidak berjaya jangan putus asa.
sebahagian yang hadir

sebahagian yangh hadir

Rabu, 22 Disember 2010

Pengumumam

Assalamualaikum, 


Kepada semua warga SMK Jawi, Gotong Royong Buka Sekolah 2011 akan diadakan pada 31.12.2010 (Jumaat jam 8.00 pg) dan bagi tingkatan 2, 3 dan 5 penyerahan SPBT 2011 juga akan diadakan pada hari tersebut. Sila Hadir.

Khamis, 16 Disember 2010

Majlis Taklimat Waris Tingkatan 1&P 2011

1. Para waris bagi murid-murid tingkatan 1 dan peralihan dijemput:-
        Majlis taklimat Waris Tingkatan 1 & Peralihan 2011
        Masa                  : 8.30 pagi - 12.00 tgh
        Tempat               : Dewan Terbuka SMK Jawi
        Pakaian pelajar  : Pakaian seragam sekolah

Rabu, 15 Disember 2010

Pengesahan Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan 2011

15 Disember 2010, pendaftaran tingkatan 1 dan peralihan bagi tahun 2011 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 4 ptg. Seramai 152 pelajar telah ditempatkan di SMK Jawi iaitu 38 orang pelajar peralihan dan selebihnya tingkatan 1.

Murid-murid dan waris pelajar tingkatan 1 dan peralihan akan diberi taklimat pada 30 Disember 2010 ini. Waris-waris juga boleh membeli peralatan anak masing-masing di samping anak-anak akan dibekalkan dengan buku teks untuk tahun 2o11.

Berikut gambar-gambar semasa majlis pendaftaran diadakan..




Selasa, 14 Disember 2010

Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan 2011

Kepada bakal murid baru yang akan mendaftar di SMK Jawi:-

Tarikh : 15 Disember 2010
Masa 8.00 pg hingga 4.00 ptg
Tempat: Kantin SMKJ

Sila pastikan anda membawa:-
1. Surat penempatan
2. Salinan sijil lahir / kad pengenalan
3. Salinan keputusan UPSR

Bagi rayuan pertukaran pastikan anda membawa:-
1. Salinan sijil lahir/kad pengenalan
2. Salinan bil elektrik/telefon (bagi alasan berdekatan dengan tempat tinggal)

Isnin, 4 Oktober 2010

PMR Menjelang Tiba!!! 5 OKT 2010

Kepada semua student Form 3 SMK Jawi serta seluruh pelajar Form 3 di Malaysia, Pihak SMK Jawi mengucapkan semoga berjaya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010 yang akan bermula pada 5 OKT 2010 ini..semoga anda memperolehi kejayaan di masa depan...Good Luck Again!!!...